Tuesday, June 28, 2016

Fit Over



Kaki cermin mata patah.. alamatnya memang kena tukar bingkai lain jawabnya kan?

Pelanggan ni tanya, "Kaki tu tak boleh ganti lain ke? Tak ada spare parts ye?"

Baiklah saya cuba cari.

Adakala pelanggan yang sekadar menukar bingkai akan tinggal bingkai lamanya pada kami. Bahagian cermin mata bingkai itulah yang akan berguna untuk kegunaan orang lain. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan kaki yang sesuai untuk bingkainya. Selepas itu, kami tukarkan nosepad dan kemudian lap cerminnya. Tapi eh! Tak hilang bintik-bintik di lens.

Saya gunakan kuku dengan berhati-hati manalah tau boleh mengikis kekotoran tu tapi rasanya ini bukan kekotoran. Lensnya bercalar.

"Encik, saya dah tukar kaki dan nosepad bingkai ni. Cuma lens ni bukan kotor ya? Dia macam bercalar. Tapi calar tu titik-titik bukan bergaris macam kebiasaan selalu terjadi?".

Rupanya beliau selalu mesin rumput. Batu melantun ke arah cermin itu biasa. Malah dia menunjukkan satu lagi bingkai yang baru serpih semalam di bahagian tepi.

Untuk itu, saya cadangkan dia pakai sunglass fit over. Sunglass ini dipakai diatas cermin mata (bukan clip on). Selain memberi perlindungan kepada cermin matanya, ia juga boleh digunakan untuk menahan silau bekerja di bawah panas matahari.

Ramai juga yang suka fit over ni. Harganya ekonomi. Pemakai cermin mata tak perlu tempah sunglass yang ada power dah jika ok dengan fit over ni. 😊
Norhafizah Madzlan Pija Sitisifir's photo.

Tuesday, September 9, 2014

Essilor ; Kanta Photochromic






Dewasa ini, perlindungan kepada cahaya matahari adalah sangat penting untuk setiap individu. Bukan sahaja kulit kita yang perlu dilindungi oleh cahaya matahari, bahkan mata turut dipelihara agar tidak selalu terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana, cahaya matahari boleh mempercepatkan proses penuaan pada mata dan menyebabkan kita lebih cepat terdedah kepada penyakit penyakit yang berkaitan dengan faktor umur seperti katarak dan sebagainya. Cara terbaik untuk memelihara mata daripada sinaran UV adalah dengan memakai cermin mata hitam (sunglasses) setiap kali anda keluar daripada rumah. Akan tetapi, bagi pemakai cermin mata, adalah sukar untuk anda memakai cermin mata dan sunglass anda dalam masa yang sama. Tidak banyak sunglasses yang dicipta untuk dipakai bersama dengan kaca mata kerana faktor kosmetik yang kurang diterima oleh masyarakat. Jalan penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan memilih kanta photochromic/ transition daripada Essilor. 




Kanta Transition ini hanya akan berubah warna menjadi gelap apabila berada dibawah sinaran cahaya matahari sahaja. ia akan kekal cerah ketika berada didalam rumah (indoor) ataupun di waktu malam. apabila berada di luar (outdoor) ia akan berubah dengan segera tanpa anda sendiri untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Kelebihan kanta ini ialah :

1) memberi penglihatan yang selesa dengan mengurangkan keletihan mata dan kurang silau apabila berada di bawah cahaya matahari.

2) kaca mata ideal yang boleh digunakan indoor dan juga outdoor

3) perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya.

Kanta ini sesuai untuk digunakan oleh setiap lapisan umur. Terdapat 2 warna yang boleh dipilih iaitu kelabu dan coklat yang hadir di dalam pelbagai bentuk dan design (single, bifocal, multifocal) dan sesuai digunakan oleh semua jenis bingkai.




Lindungi mata anda dari cahaya matahari demi kesihatan jangka panjang yang berkekalan. Anda mampu mengubahnya.

Sunday, September 7, 2014

Crizal Forte UV

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.




Hari ini, kami ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai kanta Crizal Forte UV yang dikeluarkan oleh Essilor iaitu diantara syarikat terbesar pengeluar kanta cermin mata terbesar di Malaysia. Kelebihan kanta ini berbanding kanta yang lain ialah, ia mempunyai perlindungan cahaya matahari bukan sahaja pada bahagian hadapan kanta, bahkan ia turut memberi perlindungan UV dari bahagian belakang kanta. Sekiranya bahagian belakang kanta tidak mempunyai sebarang perlindungan, pemakai masih terdedah kepada 50% cahaya UV yang bermakna ia tidak memberi perlindungan menyeluruh seperti kanta Crizal Forte UV.

Kanta Crizal ini juga mempunyai lapisan-lapisan yang dapat membantu para pengguna untuk mendapatkan penglihatan yang jelas dan terang. Diantara lapisan yang terdapat pada kanta ini ialah:

a) mempunyai anti silau - membantu mendapatkan penglihatan yang jelas ketika memandu di waktu malam dan ketika melakukan kerja komputer.

b) mengelakkan daripada kesan jari terlekat pada kanta

c) anti calar

d) mengelakkan habuk daripada terlekat pada kanta

e)mengelakkan air terlekat pada cermin untuk mendapatkan penglihatan yang jelas ketika hujan




Anda inginkan penglihatan yang jelas dengan kaca mata anda? Cubalah kanta Crizal Forte UV daripada Essilor.


Wednesday, September 3, 2014

Essilor - Crizal Prevencia . Melindungi mata anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kami ingin memperkenalkan salah satu kanta yang dikeluarkan oleh salah satu syarikat terbesar pengeluar kanta cermin mata iaitu Essilor. Kanta ini dicipta khas untuk menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cahaya biru (yang dikeluarkan oleh kebanyakan gadget) yang boleh mennyebabkan kerosakan pada mata. Kanta ini berupaya untuk menghalang cahaya biru daripada memasuki mata anda dan mengelakkan mata anda terdedah secara terus kepada cahaya tersebut.





Seperti yang kita tahu, cahaya adalah penting dalam kehidupan seharian kerana tanpanya dunia akan menjadi gelap gelita. Cahaya biru juga adalah penting untuk kitaran tidur dan jaga dan juga proses pembelajaran. Tapi jika terdedah kepada cahaya ini secara berlebihan, ia boleh menyebabkan penuaan mata secara pra matang contohnya cahaya UV yang boleh mempercepatkan pembentukan katarak dan cahaya biru-violet yang boleh yang boleh mempercepatkan Age Related Macular Degeneration (ARMD) .

Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya ini boleh menyebabkan sel retina menjadi mati oleh itu adalah penting untuk anda mengelakkan pendedahan yang berlebihan kepada cahaya tersebut, Akan tetapi, cahaya ini boleh terdapat di mana-mana sahaja seperti outdoor : di mana-mana sahaja (cuaca terik, mendung, hujan dan sebagainya ) dan indoor : alat digital seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya,



Kanta Crizal Prevencia ini dicipta khas bg mengelakkan mata anda terdedah secara berlebihan kepada cahaya biru dan seterusnya mengelakkan daripada penuaan mata secara pra matang. Ia dapat mengurangkan kematian sel retina sebanyak 25% dan melindungi mata dari sinaran UV 25 kali lebih baik berbanding tanpa memakai cermin mata.



 Ia juga mengekalkan keseimbangan regulasi cahaya dengan membenarkan cahaya biru memasuki mata hanya dengan jumlah yang diperlukan. Selain itu, kanta ini juga dilengkapi dengan beberapa lapisan perlindungan tambahan seperi perlindungan UV dari belakang dan depan kanta, anti silau, water repellent, anti-smudge dan anti finger print. Ia terbukti jauh lebih baik berbanding kanta lain dan berbaloi untuk menjaga mata anda sebaiknya.






Anda pengguna bijak? Anda mampu mengubahnya.

Sumber : Essilor


Sunday, August 31, 2014

Tips penjagaan kanta sentuh





Dewasa ini, kanta sentuh semakin menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan muda mudi bahkan juga dikangan dewasa yang bekerjaya. Sesetengah orang memilih kanta sentuh kerana ia lebih memberi kesan yang baik dari segi kosmetik. Akan tetapi, penggunaan kanta sentuh memerlukan penjagaan yang baik dan rapi. Jika penjagaan kanta sentuh di pandang lewa, ia akan memberi pelbagai komplikasi kepada mata anda. Di sini kami akan menyenaraikan beberapa tips dan panduan yang boleh anda ikuti untuk menjaga mata anda dari sebarang komplikasi kanta sentuh.

 1) Pastikan anda mendapatkan kanta sentuh anda dari optometris atau doktor mata anda. jangan       sewenang-wenangnya membeli secara online kerana dikhuatiri kurang bersih dan preskripsi kurang tepat.

2) Pastikan tangan anda bersih sebelum memegang kanta sentuh





3) Belajar bagaimana untuk memakai kanta sentuh dengan betul daripada optometris anda



4) Belajar bagaimana cara yang betul untuk mengeluarkan kanta sentuh daripada mata anda.

5) Pakai kanta sentuh anda mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh optometris anda. Contoh: 8 jam sehari/ selama sebulan. jangan pakai lebih dari waktu yang ditetapkan.

6) gunakan rewetting solution (boleh didapatidi farmasi) untuk mengelakkan mata kering.



7) belajar cara untuk membersihkan dan menyimpan kanta sentuh anda dengan betul daripada optometris anda.

8) sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika memakai kanta sentuh seperti mata merah, pedih dan sebagainya, sila berjumpa dengan optometris anda dengan segera.



Monday, August 25, 2014

Diabetes dan mata

Assalalamualaikum W.B.T





Salam sejahtera dan salam satu malaysia buat semua pebaca tegar di blog Uwaiys Optometrist ini. Hari ini kami ingin membincangkan mengenai kesan diabetes kepada mata anda. Untuk pengetahuan anda, diabetes mellitus ((DM) adalah diantara punca utama kebutaan bagi pesakit berumur 65 tahun kebawah di US. Selain menjadi diantara faktor utama penyebab kebutaan, ia juga boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain seperti :

a) Ia boleh menyebabkan penglihatan kabur sementara ataupun penglihatan menjadi kabur secara tetap dan teruk.

b) Pesakit yang menghidapi DM juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat katarak dan glaukoma.

Sesetengah pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidap DM sehinggalah mereka mempunyai masalah dengan mata dan penglihatan mereka. Diabetic retinopathy berlaku apabila DM telah sampai ke mata dan selalunya terjadi kepada pesakit DM yang telah menderita selama bertahun tahun dan juga tidak mengawal paras gula dalam darah  mereka.



Penting untuk anda mengawal dan menjaga kesihatan anda agar DM tidak menjadi semakin teruk hingga mengganggu mata anda. Disini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelak drpd diabetes anda semakin teruk dan mengganggu kesihatan mata anda :

a) mengekalkan berat badan yang normal

b) mengawal pemakanan

c) amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam selama setengah jam 3 kali seminggu

d) tidak merokok

Sayangilah diri anda sendiri.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekian terima kasih.

Thursday, August 21, 2014

Masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak. Apakah peranan ibu bapa?

Penglihatan yang baik adalah penting bagi kanak-kanak dalam memastikan prestasi mereka di sekolah berada di tahap yang memberangsangkan. Bagaimana mereka ingin belajar dengan baik di sekolah jika mereka sendiri tidak dapat melihat tulisan di papan hitam dengan jelas, bukan begitu? Sebagai ibu bapa dan guru, anda memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anda dan juga murid-murid anda tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan. Di sini terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa anak-anak anda mempunyai masalah penglihatan :





1) Menonton televisyen terlampau dekat

2) Menggunakan jari untuk menunjukkan ayat ketika membaca

3) Mengecilkan mata dan mengherotkan kepala untuk melihat dengan lebih jelas

4) Selalu menggosok mata

5) Sensitif terhadap cahaya dan mata selalu berair

6) Menutup sebelah mata untuk membaca, menonton tv ataupun untuk melihat objek jauh

7) Mengelak untuk membuat kerja dekat seperti membaca ataupun kerja yang melibatkan penglihatan jauh seperti bersukan dan aktiviti rekreasi

8) Mengadu pening kepala dan mata pedih

9) Mengelak untuk menggunakan komputer dengan alasan ia menyakitkan mata

10) Mendapat markah yang rendah berbanding sebelum ini di sekolah

Pastikan anda memantau anak anda dan sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda ini, sila bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan mata. Anda mampu mengubahnya.




Monday, August 18, 2014

6 tips untuk mengekalkan kesihatan mata

1) Makan makanan yang berkhasiat untuk mata

Bukan senang untuk mengekalkan kesihatan mata kita. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. kajian menunjukkan bahawa nutrisi seperti omega 3, lutein, zinc dan vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti Age Related Macular Degeneration (ARMD) dan melambatkan penghasilan selaput (katarak) pada mata. berikut ialah beberapa jenis makanan yang dapat memberikan nutrisi penting pada mata anda:

a) sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan cauliflower
b)salmon, tuna
c) telur, kacang
d) oranges





selain itu, pastikan anda mengekalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan daripada obesiti. obesiti akan menyebabkan anda terdedah kepada beberapa penyakit diantaranya ialah type 2 diabetes. type 2 diabetes adalah punca kebutaan di kalangan dewasa.



2) Berhenti merokok

merokok boleh menyebabkan anda mudah untuk mengidap penyakit seperti katarak, saraf optik rosak dan degenerasi makular. jika anda pernah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi tidak berjaya, teruskan mencuba untuk berhenti. usaha anda akan membuahkan hasilnya, Insya Allah.



3) Pastikan anda memakai cermin mata hitam (Sunglasses)

Cermin mata hitam yang betul ialah cermin mata yang memberikan perlindungan UV daripada cahaya matahari, namun trend terkini menunjukkan bahawa para pengguna lebih mengutamakan fesyen daripada perlindungan. pastikan anda mendapatkan nasihat dari optometris anda ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. sinaran uv ini menyebabkan anda lebih mudah untuk mengidap katarak.



4) Gunakan perlindungan mata (safety eyewear)

sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang terdedah kepada bahan bahan berbahaya kepada mata seperti menggerudi dan sebagainya, pastikanan anda memakai kaca mata perlindungan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata anda dari bahaya.



5)jangan melihat skrin komputer terlalu lama

sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda menggunakan komputer bagi tempoh masa yang lama, pastikan anda menggunakan taktik ini. Lihat komputer anda selama 30 minit, dan ambil masa 5 minit untuk merehatkan mata anda dengan melihat objek yang jauh atau melihat keluar tingkap. dengan cara ini, anda akan dapat menjaga dan mengekalkan kesihatan mata anda.



Pelihara kesihatan mata anda sebelum terlambat.

Terima kasih.

Sunday, August 17, 2014

RABUN TUA / PRESBYOPIA

RABUN TUA / PRESBIOPIA

Mungkin ada di kalangan kita yang belum pernah mendengar tentang penyakit 'Rabun tua', atau juga dikenali sebagai Presbiopia. Rabun Tua dan Rabun Jauh adalah dua kondisi maslah mata yang berbeza. Presbyopia ialah satu kondisi penglihatan yang berkait rapat dengan usia di mana kanta mata kita telah mengalami proses penuaan dan kehilangan fungsi fleksibilitinya. Kehilangan fungsi ini akan menyebabkan kesukaran pada mata untuk fokus pada objek dekat. Kebiasaannya masalah presbiopia ini akan mula berlaku apabila sesorang itu berumur sekitar 40 tahun.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap Presbiopia adalah seperti berikut:
1. Penglihatan kabur ketika melihat objek berjarak dekat, contohnya ketika membaca.
2. Mata mudah letih dan sakit kepala terutamanya selepas melakukan aktiviti dekat atau membaca.
3. Perlu memegang bahan bacaan lebih jauh dari jarak biasa untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kebiasaannya pesakit akan mengadu tangan mereka tidak cukup panjang untuk memegang bahan bacaan.
4. Memerlukan pencahayaan yang lebih terang berbanding pencahayaan biasa untuk melakukan aktiviti berjarak dekat.
5. Kondisi atau masalah menjadi bertambah teruk seiring dengan peningkatan usia (bermula sekitar 40 tahun).

Cara mengatasi:
Rabun tua boleh diatasi dengan pemakaian cermin mata. Terdapat 3 jenis cermin mata yang boleh digunakan iaitu penglihatan tunggal atau single vision (untuk jarak dekat sahaja), bifokal (mempunyai dua lapis cermin untuk penglihatan jauh dan dekat), atau multifokal (untuk jarak jauh, pertengahan, dan dekat).

Gambar rajah cermin mata untuk membetulkan masalah rabun tua:

Saranan:

             Sekiranya anda berusia sekitar 40 tahun dan mula mempunyai masalah kabur penglihatan sewaktu melakukan aktiviti berjarak dekat, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata di pusat-pusat optometri yang berhampiran kawasan anda. 


Rabun Tua / Presbiopia:




Rujukan:
1. http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/perbezaan-rabun-dekat-dan-rabun-tua

Saturday, August 16, 2014

DI LEMA PENGHIDAP DYSLEXIA








APAKAH ITU DYSLEXIA? 


Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak di mana IQ sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya. Sering kali pelajar yang mempunyai masalah dyslexia di sekolah dilabel sebagai kurang pandai atau 'lembap' kerana tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik seperti pelajar lain.


BAGAIMANA DYSLEXIA MELIHAT



SHORT FILM OF DYSLEXIA

Anda boleh mengenalpasti beberapa tanda jika anak anda menghidapi masalah dyslexia iaitu:-

  1. Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
  4. Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
  5. Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
  6. Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
  7. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  8. Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
  9. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  10. Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
  11. Sukar menamakan objek
  12. Keliru antara kiri dan kanan
  13. Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
  14. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ angka/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )

Huruf terbalik

Angka terbalik

15. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul.
16. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon.
17. Sukar mengenal masa/ membaca jam.
18. Keliru perkataan “semalam” atau “esok”.
19. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
20. Sukar membaca secara fonik.
21. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. 

Sekiranya anda sedar akan tanda-tanda tersebut berlaku pada anak anda, beberapa ujian penuh penglihatan perlu dilakukan terlebih dahulu di pusat-pusat optometri yang berhampiran. jika kesemua ujian ini tidak menunjukkan sebarang masalah mata yang ketara berkemungkinan besar masalah yang dihadapi ketika pembelajaran adalah disebabkan disleksia. Sekiranya, pemeriksaan mata menunjukkan keputusan normal tetapi masih menunjukkan tanda seperti yang disebutkan di atas, anda disarankan untuk membawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar kanak-kanak (pediatrik) atau pusat disleksia.

Persatuan Dyslexia Malaysia

RUJUKAN:

1. http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/disleksia-dan-gangguan-penglihatan-kes.html
2.http://www.doktorbudak.com/2014/04/16/dyslexia-bagaimana-kenalpasti-dan-membantu/





Thursday, August 14, 2014

Optometrist VS Ophtalmologist









Dewasa ini,  ramai orang masih keliru akan perbezaan diantara Optometrist dan Ophtalmologist (pakar mata) dan ditambah pula dengan kehadiran optician, ramai masih tertanya apa fungsi setiap daripada bidang yg mempunyai nama yg seakan-akan sama ini. Adalah penting untuk anda, sebagai client/pesakit/pelanggan untuk mengetahui perbezaan diantara kedua-duanya supaya anda mengetahui siapa yang anda perlu temui sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan mata.

Secara ringkasnya, optometris adalah individu yang dilatih untuk mengenalpasti dan merawat keadaan seperti rabun jauh, rabun dekat, silau dan presbyopia (rabun dekat kerana usia), kanta sentuh dan mereka juga bertanggung jawab untuk memberi preskripsi cermin mata kepada pesakit. Selain itu, mereka juga telah dilatih untuk mengenalpasti penyakit-penyakit berkaitan dengan mata namun tidak boleh memberi preskripsi untuk ubatan ( di Malaysia).

Manakala, pakar mata adalah berlainan daripada optometrist kerana mereka lebih tertumpu kepada merawat penyakit mata dan perbezaan yang besar ialah pakar mata boleh melakukan pembedahan kepada pesakit dan boleh memberi preskripsi ubatan.

bagaimana untuk mengetahui sama ada anda perlu berjumpa optometris atau ophtalmologist?
sekiranya anda mempunyai masalah seperti rabun dan silau, sila berjumpa optometris anda yang terdekat kerana optometris digelar sebagai first line in vision care. sekiranya anda mempunyai masalah yang serius dan tidak berkenaan dengan kuasa refraksi mata yang tidak dapat di kesan oleh optometris, anda akan dirujuk kepada ophtalmologist untuk pemeriksaan lanjut.

Sayangilah mata anda. Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan mata, pilihlah optometris sebagai pilihan utama. Anda mempunyai hak untuk meminta optometris untuk memeriksa mata anda di mana-mana kedai cermin mata. Anda mampu mengubahnya.

sumber: urbanoptiques.com

Saturday, April 21, 2012

Persoalan Kekaburan Mata Pada Pesakit Kencing Manis

Soalan :


Assalamualaikum,
 
Saya ada seorang makcik yang dah tua mengidapi Kencing manis yg agak tinggi.Saya kata begini krn dia terpaksa suntik sendiri insulin ke badannya.baru2 ni dia jumpa doktor kerana matanya menjadi kabur.Nak tanya betul kah kencing manis boleh buat mata kabur? Dooktor kata ada kolesterol di belakang mata nya.
Kalau ye, ada ke ubat untuk memulihkan penglihatan nya?
Terima kasih kepada yg sudi berkongsi info.


Jawapan :

Kebiasaannya, pesakit kencing manis akan menghidapi retinopati diabetik setelah satu jangka masa selepas dari pengambilan ubat-ubatan yang berkaitan dengan kencing manis. Oleh itu, jika kita mengambil ubat-ubatan ini, hendaklah kita selalu memerhati perubahan mata kita setiap hari supaya setiap perubahan itu akan mendapat rawatan yang secepatnya.

Di bawah disertakan penerangan berkenaan retinopati diabetik :


Retinopati Diabetes
Diabetes atau kencing manis berlaku bila badan kita tidak mengeluarkan cukup insulin atau tidak boleh memproseskannya dengan betul. Insulin ialah hormon yang menolong mengawal kandungan gula dalam darah kita. Kanak-kanak dan orang dewasa boleh mengidap penyakit kencing manis.

Bagaimanakah diabetes boleh melibatkan mata?

Pesakit kencing manis boleh mengidap penyakit katarak dan glaucoma lebih kerap dari orangramai. Masalah retina yang disebabkan oleh kencing manis boleh menyebabkan penglihatan mata merosot. Ini dipanggil retinopathi diabetes. Kebanyakan pesakit akan mengalami keadaan ini selepas 20 tahun.
Diabetes meninggalkan kesan ke atas saluran darah dalam retina. Tahap awal dipanggil nonproliferative diabetic retinopathy atau retinopati tanpa proliferasi.
Dalam peringkat ini, saluran darah menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik – titik pendarahan. Saluran darah juga menyebabkan retina mudah bengkak dan penglihatan menjadi kabur. Bahagian retina juga akan menunjukkan tanda-tanda “cotton wool spot” dan “hard exudates”.
Tahap yang paling teruk dipanggil retinopathi proliferatif. Dalam keadaan ini, kekurangan oksigen dalam bahagian retina menyebabkan retina menjadi “ischemic”. Ini menyebabkan saluran darah yang baru tetapi kurang matang tumbuh di atas permukaan retina. Ini dipanggil “neovascularization”. Saluran darah ini senang pecah dan mudah berdarah. Ini menyebabkan pendarahan bahagian belakang mata dan penglihatan yang kabur.
Kalau keadaan ini tidak diubati, parut juga akan terhasil di dalam mata menyebabkan urat saraf lekang dari lapisan dalam mata dan glaucoma.

Apakah simptom retinopati diabetes?

Ini bergantung kepada tahap retinopati diabetes.
Antara simptom termasuk:
  • Kekaburan mata
  • “Floaters” dan “flashes”
  • Tiba-tiba kehilangan penglihatan
Bagaimanakah retinopati diabetes dikesan dan diagnosa dilakukan?
Pesakit kencing manis perlu pemeriksaan rutin supaya apa-apa masalah dikesan dan dirawati dengan awal. Pesakit perlu diperiksa oleh pakar mata. Doktor pakar mata perlu mengembang anak mata anda untuk melakukan pemeriksaan yang teliti.

Apakah rawatan untuk retinopati diabetes?

Ini bergantung kepada tahap penyakit dan masalah yang perlu perhatian. Siasatan yang lebih lanjut seperti : fluorescein angiography, pengambaran retina and ultrasound mata.
Rawatan yang awal untuk retinopati proliferatif memerlukan sejenis laser yang dipanggil panretinal photocoagulation. Dalam procedur ini, laser digunakan untuk menolong mengurangkan keperluan oksigen dari bahagian retina. Ini membolehkan saluran darah yang mudah pecah mengecut dan hilang.
Untuk tahap yang lebih teruk, pendarahan dalam mata atau kelekangan retina memerlukan penbedahan vitrectomy. Dalam procedur ini, darah dan vitreous dikeluarkan dan diganti dengan saline. Pada masa yang sama, parut atau tisu yang menarik permukaan retina dikeluarkan juga.
Kalau parut tidak dirawat, ini boleh menyebabkan lubang dalam retina dan kelekangan retina. Lubang ini boleh ditampal dengan laser. Kelekangan retina memerlukan pembedahan. Penglihatan selepas pembedahan bergantung kepada tahap penyakit anda.

Boleh retinopati diabetes dielakkan?

Pesakit yang boleh mengawal kandungan glukosa dalam darah, masalah yang mungkin dialami oleh mata mereka juga berkurangan jikalau dibandingkan dengan pesakilt yang tidak boleh mengawal kandungan glukosa. Pemakanan yang sihat dan senaman seharian juga akan membantu.
Pesakit kencing manis juga perlu pemeriksaan rutin dengan pakar mata. Masalah mata yang dirawat pada tahap yang awal biasanya lebih senang dirawat.

Retina

"Hard Exudates" dalam retinopati diabetes



Retina
Pendarahan Pre-retinal 



Retina - lasered
Laser untuk retinopati diabetes


Sumber : http://www.eyespecialist.name/Malay/malay_diabetic_retinopathy.html

Tuesday, January 10, 2012

IDEAL SUNGLASSES : Tidak Perlu Menempah Sunglass Yang Ada Power Lagi


Bismillah,

Assalamualaikum, khas buat pemakai-pemakai cermin mata yang sudah lama berkaca mata, tidak teringinkah anda untuk memakai sunglasses?? Ya, cermin mata hitam itu lah.. Mungkin ramai yang akan menjawab, susah nanti nak kena masukkan power, kos bertambah dan sebagainya..

Sekarang, zaman sudah berubah. Percaya atau tidak, buat pemakai cermin mata anda tidak perlu menempah sunglass yang ada power lagi kerana kami menyediakan produk yang luar biasa untuk penyelesaian masalah itu tanpa menanggalkan cermin mata. Ia diberi nama IDEAL. Memang sangat ideal untuk para pelanggan yang sukakan sesuatu yang baru serta lain daripada yang lain.

Terdiri daripada 3 warna iaitu Merah Hitam (Maroon Black), Hitam Berkilat (Shining Black) dan Hitam Legap (Malt Black). The simple color and easy to matching right??

Baiklah, apa yang istimewa dengan sunglasses ni adalah, misal kata orang yang memang sudah pakai spek, boleh terus je pakai sunglass ni atas spek kita. Maksudnya ia boleh dipakai 2 lapis. Sunglass ni ada Polarize lagi. Kami suka tempah sunglass ni sebab ia senang laku. Orang lelaki pun beli, orang perempuan pun beli. Menarik bukan?!

















Bentuknya pula adalah unisex. Kalau orang tak perati mana, orang takkan perasan yang kita pakai spek dua lapis. Kalau orang yang tak pakai spek tapi nak beli sunglass ni pun takde masalah. Cuma spek ni direka untuk membantu orang yang nak buat sunglass tapi ada power. Kos nak buat sunglass ada power ni berganda lah sket sbb diorang kene beli sunglass + lens. Kalau buat lens multicoat harga dia pun bercoat2 lah jugak kan.
So, ini adalah alternatifnya OK. Ada faham ?

So, kepada sesiapa yang berminat dengan sunglass ni sila bgtau ya... 
Jangan lupa add kami di Facebook : https://www.facebook.com/UwaiysOptometrist





















Saturday, August 20, 2011

Awas Gangguan Penglihatan Semasa Memandu

Salam hormat buat semua pembaca blog ini,

Sekarang telah sampai masanya untuk masing-masing dari kita pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya. Kami ingin sekali berpesan supaya kalian berhati-hati di jalan raya.

Jika menurut logiknya, kebanyakan pemandu-pemandu yang akan berada di jalan raya kali ini adalah pemandu yang berumur bawah dari 40 tahun yang mana ibu bapa kita adalah sekitar 60 tahun. Walaubagaimanapun, barangkali ada juga sedikit peratusan dari mereka yang berumur emas itu akan turut memandu.

Bagi mereka yang berumur 60 tahun, sekalipun anda tidak mengalami masalah penglihatan, ada beberapa perkara juga yang perlu diambil perhatian :

  • Pada umur ini, anak mata anda adalah lebih kecil terutamanya di sebelah malam. Ini bermakna jumlah cahaya yang akan masuk ke dalam mata anda adalah sangat sedikit dan ini akan menjadikan penglihatan anda terbatas. Solusi terbaik bagi anda untuk masalah ini adalah kanta anti silau (multi-coated). Kanta ini akan membantu mata anda untuk membuang cahaya yang tidak perlu dan dengan itu akan membenarkan cahaya yang benar-benar perlu sahaja ke dalam mata. *Hubungi FB Uwaiys Optometrist untuk keterangan lanjut
  • Sebaiknya, periksa mata anda sekerap yang mungkin terutamanya di hospital dalam keadaan anak mata di dilatasi (dibesarkan) bagi memastikan kesihatan mata adalah baik
Ada juga di antara kita yang gemar memandu malam. Maklum sahaja, suasana yang sejuk, anak-anak yang tidur dan kurang kesesakan akan menyebabkan memandu malam menjadi lebih selesa. Walaubagaimanapun, kemalangan tetap sering terjadi pada sebelah malam. Jadi di sini ada tips untuk diperhatikan :
  • Elakkan jalan yang kita tidak biasa. Maklum sahaja bila bosan dengan kesesakan, kita memilih jalan lain sedangkan kita tidak 'familiar' dengan selok-belok jalan itu. 
  • Jangan bercakap di telefon semasa memandu. Ini akan mengurangkan kekhusyukan anda pada pemanduan anda :)
  • Sekalipun pemandu lain telah menaikkan kemarahan kita, jangan melawan sebaliknya mengalah sahaja dan teruskan pemanduan yang selamat dan beretika. 
Itu sahaja pesan dari kami. Kami ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Raya, Ampun Maaf Dipinta. Kami mengalu-alukan anda untuk mendapatkan pemeriksaan mata percuma di premis kami bagi memastikan mata anda cukup sihat untuk melalui perjalanan yang jauh :))

Dan sebagai penghargaan kepada semua pelanggan, nikmatilah diskaun sehingga 60% untuk bingkai dengan pembelian cermin fotokromik/transition :)))

Tuesday, August 16, 2011

Persoalan Berkenaan Mata

Saya telah menerima soalan melalui email dari seorang pembaca blog ini. Di sini saya sertakan soalan dan jawapan berdasarkan dari sedikit ilmu yang saya ada beserta pengalaman.


Salam.

Saya nak tanya pasal mata saya. Saya ada masalah rabun jauh dan silau yg tinggi. Rasanya sebab keturunan, family belah mak saya ramai yg pakai spek, xkira tua muda. Umur saya 23, kuasa spek sekarang R: 300 L: 350 silau rasa2nya dlm 400 lebih. Spek yg skarang dah pkai selama 5 tahun. Malam kalau nak drive susah, silau dngn lampu kereta. 

Boleh ke saya pakai contact lens..? 
Boleh, tapi harganya agak mahal dan pada permulaan pakai tu perlu kesabaran yang amat tinggi. Contact lens tu dipanggil toric lens. Untuk masalah silau dari segi kuasa, ia akan terkawal tapi selalunya pemakai toric lens masih alah kepada cahaya. Seeloknya pakai sunglass kalau nak pakai contact lens

Agak2 kuasa spek saya skang dah naik ke..? 
Kalau dalam 5 tahun ni, ketinggian tubuh awak bertambah, kemungkinan power awak naik juga tinggi. Power naik ni selalunya berlaku disebabkan pemanjangan bola mata (sll berlaku bila satu family ada masalah yg sama)

Kalau buat spek brape agaknya harga lens sahaja..?
Selagi awak punya lens, kuasa silaunya tidak melebihi -400 maka utk indeks berikut, saya sertakan harga jangkaannya
1.56 - RM 150-180
1.61 - RM 200-250
1.74 - rm 400 (mungkin lebih)
Semakin tinggi index, makin nipis lens tetapi ia makin tinggi harga..

Saturday, August 13, 2011

Persoalan Menggunakan Kanta Sentuh


Soalan: 
Penggunaan contact lense amat popular di kalangan kita umat Islam. Memandangkan tidak ada fatwa mengenainya, saya ingin mengemukakan beberapa soalan.. Adakah sah sembahyang orang yang menggunakan lense kerana air sembahyang tidak kena pada anak mata? 
Bagaimana pula ketika berpuasa? Bolehkah memasukkan lense ke dalam mata? 
Bagaimana pula sekiranya solution yang digunakan mengandungi alkohol?

Jawapan: 
Kalau memakai contact lense tidaklah mempengaruhi wuduk, kerana syarat wajib wuduk tidaklah sampai membasuh biji mata. Wuduk tetap sah dan boleh mengerjakan solat. Begitu juga tentang puasa ia tetap sah sebab bukan memasukkan sesuatu melalui dua rongga. Solution bukanlah alkohol tetapi sejenis ubat (pelincir) untuk mata (alkohol adalah sangat merbahaya kalau terkena pada biji mata).
Sumber :
https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=109&Itemid=175#8

Thursday, August 11, 2011

Multifokal Terbaik : Varilux Physio 360 Oleh ESSILOR

Bismillah,

Entry ini sesuai untuk dibaca oleh golongan 40an ke atas atau barangkali kepada anak-anak yang prihatin dengan penglihatan ibubapa masing-masing. Multifokal adalah cermin mata yang digunakan untuk melihat jauh, pertengahan dan dekat dengan menggunakan cermin mata yang sama.

Berikut adalah petikan yang saya ambil dari Mivision :

Varilux Physio 360 New Edition by Essilor was awarded first place in the Best Lens Design category at the inaugural ODMA Awards Of Excellence 2011.
Lens design was one of 12 award categories, which together attracted 100 nominations and were voted on by a panel of eye care professionals and optometry practice owners. The Optical Distributors & Manufacturers Association (ODMA) presented category winners with their awards at ODMA 2011 in Darling Harbour, Sydney on Friday 8 August.
Essilor says that Varilux Physio, first launched in 2006, revolutionised the way lenses were calculated by using W.A.V.E. technology to take into account the entire beam of light entering the eye.
Varilux Physio 360 New Edition, launched in Australia in November 2010, takes advantage of W.A.V.E 2.0 technology. The company says this evolved lens now integrates every possible diameter of the pupil for each wearer to further optimise the high order aberrations control. The result, they claim, is enhanced wearer benefits - high resolution vision for all vision zones regardless of age, distances, light conditions and ametropia.


Bagi membaca penuh tentang Varilux Physio, saya cadangkan anda lihat di link ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dari Uwaiys Optometrist atau di FB : Uwaiys Optometrist

PROMOSI RAMADHAN MERIAH RAYA

Saturday, February 19, 2011

KINI BEROPERASI SETIAP HARI !!!

Assalamualaikum warga Parit Buntar....


Kini Uwaiys Optometrist akan beroperasi setiap 


hari bermula jam 10 pg hingga 7 ptg.. 


Silalah berkunjung ke premis kami untuk 


pemeriksaan kesihatan mata anda! 




SECARA  PERCUMA!! ▬O-O▬

Monday, September 6, 2010

PROMOSI RAMADHAN RAYA

SEMPENA SYAWAL YG MENJELANG TIBA INI, UWAIYS OPTOMETRIST MENGADAKAN PROMOSI RAMADHAN RAYA KHAS BUAT WARGA PARIT BUNTAR!!!


SILALAH BERKUNJUNG KE KEDAI KAMI UNTUK MENDAPATKAN TAWARAN ISTIMEWA INI... PASTI BERBALOI-BALOI.

SALAM LEBARAN & MAAF ZAHIR BATIN JUA DARI KAMI STAF UWAIYS OPTO.
SEMOGA BAKI RAMADHAN INI DIMANFAATKAN SEBAIKNYA.

Borang Tempahan

Nama:
Email:
No. Telefon :
Alamat :
Pilihan Produk Cloth Diaper
Handbook
Specs
Contact Lens
Handmade Thingy
Kod / Warna / Detel Produk
Preskipsi (Cermin mata & Kanta Sentuh)
Bukti Bayaran (Online atau Offline)
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Pija's Kids Shop / Uwaiys Optometrist

This form powered by Freedback