Sekarang telah sampai masanya untuk masing-masing dari kita pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya. Kami ingin sekali berpesan supaya kalian berhati-hati di jalan raya.
Jika menurut logiknya, kebanyakan pemandu-pemandu yang akan berada di jalan raya kali ini adalah pemandu yang berumur bawah dari 40 tahun yang mana ibu bapa kita adalah sekitar 60 tahun. Walaubagaimanapun, barangkali ada juga sedikit peratusan dari mereka yang berumur emas itu akan turut memandu.
Bagi mereka yang berumur 60 tahun, sekalipun anda tidak mengalami masalah penglihatan, ada beberapa perkara juga yang perlu diambil perhatian :
- Pada umur ini, anak mata anda adalah lebih kecil terutamanya di sebelah malam. Ini bermakna jumlah cahaya yang akan masuk ke dalam mata anda adalah sangat sedikit dan ini akan menjadikan penglihatan anda terbatas. Solusi terbaik bagi anda untuk masalah ini adalah kanta anti silau (multi-coated). Kanta ini akan membantu mata anda untuk membuang cahaya yang tidak perlu dan dengan itu akan membenarkan cahaya yang benar-benar perlu sahaja ke dalam mata. *Hubungi FB Uwaiys Optometrist untuk keterangan lanjut
- Sebaiknya, periksa mata anda sekerap yang mungkin terutamanya di hospital dalam keadaan anak mata di dilatasi (dibesarkan) bagi memastikan kesihatan mata adalah baik
Ada juga di antara kita yang gemar memandu malam. Maklum sahaja, suasana yang sejuk, anak-anak yang tidur dan kurang kesesakan akan menyebabkan memandu malam menjadi lebih selesa. Walaubagaimanapun, kemalangan tetap sering terjadi pada sebelah malam. Jadi di sini ada tips untuk diperhatikan :
- Elakkan jalan yang kita tidak biasa. Maklum sahaja bila bosan dengan kesesakan, kita memilih jalan lain sedangkan kita tidak 'familiar' dengan selok-belok jalan itu.
- Jangan bercakap di telefon semasa memandu. Ini akan mengurangkan kekhusyukan anda pada pemanduan anda :)
- Sekalipun pemandu lain telah menaikkan kemarahan kita, jangan melawan sebaliknya mengalah sahaja dan teruskan pemanduan yang selamat dan beretika.
Itu sahaja pesan dari kami. Kami ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Raya, Ampun Maaf Dipinta. Kami mengalu-alukan anda untuk mendapatkan pemeriksaan mata percuma di premis kami bagi memastikan mata anda cukup sihat untuk melalui perjalanan yang jauh :))
Dan sebagai penghargaan kepada semua pelanggan, nikmatilah diskaun sehingga 60% untuk bingkai dengan pembelian cermin fotokromik/transition :)))
0 comments:
Post a Comment