Monday, August 25, 2014

Diabetes dan mata

Assalalamualaikum W.B.T





Salam sejahtera dan salam satu malaysia buat semua pebaca tegar di blog Uwaiys Optometrist ini. Hari ini kami ingin membincangkan mengenai kesan diabetes kepada mata anda. Untuk pengetahuan anda, diabetes mellitus ((DM) adalah diantara punca utama kebutaan bagi pesakit berumur 65 tahun kebawah di US. Selain menjadi diantara faktor utama penyebab kebutaan, ia juga boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain seperti :

a) Ia boleh menyebabkan penglihatan kabur sementara ataupun penglihatan menjadi kabur secara tetap dan teruk.

b) Pesakit yang menghidapi DM juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat katarak dan glaukoma.

Sesetengah pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidap DM sehinggalah mereka mempunyai masalah dengan mata dan penglihatan mereka. Diabetic retinopathy berlaku apabila DM telah sampai ke mata dan selalunya terjadi kepada pesakit DM yang telah menderita selama bertahun tahun dan juga tidak mengawal paras gula dalam darah  mereka.



Penting untuk anda mengawal dan menjaga kesihatan anda agar DM tidak menjadi semakin teruk hingga mengganggu mata anda. Disini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelak drpd diabetes anda semakin teruk dan mengganggu kesihatan mata anda :

a) mengekalkan berat badan yang normal

b) mengawal pemakanan

c) amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam selama setengah jam 3 kali seminggu

d) tidak merokok

Sayangilah diri anda sendiri.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekian terima kasih.

Thursday, August 21, 2014

Masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak. Apakah peranan ibu bapa?

Penglihatan yang baik adalah penting bagi kanak-kanak dalam memastikan prestasi mereka di sekolah berada di tahap yang memberangsangkan. Bagaimana mereka ingin belajar dengan baik di sekolah jika mereka sendiri tidak dapat melihat tulisan di papan hitam dengan jelas, bukan begitu? Sebagai ibu bapa dan guru, anda memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anda dan juga murid-murid anda tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan. Di sini terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa anak-anak anda mempunyai masalah penglihatan :





1) Menonton televisyen terlampau dekat

2) Menggunakan jari untuk menunjukkan ayat ketika membaca

3) Mengecilkan mata dan mengherotkan kepala untuk melihat dengan lebih jelas

4) Selalu menggosok mata

5) Sensitif terhadap cahaya dan mata selalu berair

6) Menutup sebelah mata untuk membaca, menonton tv ataupun untuk melihat objek jauh

7) Mengelak untuk membuat kerja dekat seperti membaca ataupun kerja yang melibatkan penglihatan jauh seperti bersukan dan aktiviti rekreasi

8) Mengadu pening kepala dan mata pedih

9) Mengelak untuk menggunakan komputer dengan alasan ia menyakitkan mata

10) Mendapat markah yang rendah berbanding sebelum ini di sekolah

Pastikan anda memantau anak anda dan sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda ini, sila bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan mata. Anda mampu mengubahnya.




Monday, August 18, 2014

6 tips untuk mengekalkan kesihatan mata

1) Makan makanan yang berkhasiat untuk mata

Bukan senang untuk mengekalkan kesihatan mata kita. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. kajian menunjukkan bahawa nutrisi seperti omega 3, lutein, zinc dan vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti Age Related Macular Degeneration (ARMD) dan melambatkan penghasilan selaput (katarak) pada mata. berikut ialah beberapa jenis makanan yang dapat memberikan nutrisi penting pada mata anda:

a) sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan cauliflower
b)salmon, tuna
c) telur, kacang
d) oranges





selain itu, pastikan anda mengekalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan daripada obesiti. obesiti akan menyebabkan anda terdedah kepada beberapa penyakit diantaranya ialah type 2 diabetes. type 2 diabetes adalah punca kebutaan di kalangan dewasa.



2) Berhenti merokok

merokok boleh menyebabkan anda mudah untuk mengidap penyakit seperti katarak, saraf optik rosak dan degenerasi makular. jika anda pernah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi tidak berjaya, teruskan mencuba untuk berhenti. usaha anda akan membuahkan hasilnya, Insya Allah.



3) Pastikan anda memakai cermin mata hitam (Sunglasses)

Cermin mata hitam yang betul ialah cermin mata yang memberikan perlindungan UV daripada cahaya matahari, namun trend terkini menunjukkan bahawa para pengguna lebih mengutamakan fesyen daripada perlindungan. pastikan anda mendapatkan nasihat dari optometris anda ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. sinaran uv ini menyebabkan anda lebih mudah untuk mengidap katarak.



4) Gunakan perlindungan mata (safety eyewear)

sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang terdedah kepada bahan bahan berbahaya kepada mata seperti menggerudi dan sebagainya, pastikanan anda memakai kaca mata perlindungan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata anda dari bahaya.



5)jangan melihat skrin komputer terlalu lama

sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda menggunakan komputer bagi tempoh masa yang lama, pastikan anda menggunakan taktik ini. Lihat komputer anda selama 30 minit, dan ambil masa 5 minit untuk merehatkan mata anda dengan melihat objek yang jauh atau melihat keluar tingkap. dengan cara ini, anda akan dapat menjaga dan mengekalkan kesihatan mata anda.



Pelihara kesihatan mata anda sebelum terlambat.

Terima kasih.

Sunday, August 17, 2014

RABUN TUA / PRESBYOPIA

RABUN TUA / PRESBIOPIA

Mungkin ada di kalangan kita yang belum pernah mendengar tentang penyakit 'Rabun tua', atau juga dikenali sebagai Presbiopia. Rabun Tua dan Rabun Jauh adalah dua kondisi maslah mata yang berbeza. Presbyopia ialah satu kondisi penglihatan yang berkait rapat dengan usia di mana kanta mata kita telah mengalami proses penuaan dan kehilangan fungsi fleksibilitinya. Kehilangan fungsi ini akan menyebabkan kesukaran pada mata untuk fokus pada objek dekat. Kebiasaannya masalah presbiopia ini akan mula berlaku apabila sesorang itu berumur sekitar 40 tahun.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap Presbiopia adalah seperti berikut:
1. Penglihatan kabur ketika melihat objek berjarak dekat, contohnya ketika membaca.
2. Mata mudah letih dan sakit kepala terutamanya selepas melakukan aktiviti dekat atau membaca.
3. Perlu memegang bahan bacaan lebih jauh dari jarak biasa untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kebiasaannya pesakit akan mengadu tangan mereka tidak cukup panjang untuk memegang bahan bacaan.
4. Memerlukan pencahayaan yang lebih terang berbanding pencahayaan biasa untuk melakukan aktiviti berjarak dekat.
5. Kondisi atau masalah menjadi bertambah teruk seiring dengan peningkatan usia (bermula sekitar 40 tahun).

Cara mengatasi:
Rabun tua boleh diatasi dengan pemakaian cermin mata. Terdapat 3 jenis cermin mata yang boleh digunakan iaitu penglihatan tunggal atau single vision (untuk jarak dekat sahaja), bifokal (mempunyai dua lapis cermin untuk penglihatan jauh dan dekat), atau multifokal (untuk jarak jauh, pertengahan, dan dekat).

Gambar rajah cermin mata untuk membetulkan masalah rabun tua:

Saranan:

             Sekiranya anda berusia sekitar 40 tahun dan mula mempunyai masalah kabur penglihatan sewaktu melakukan aktiviti berjarak dekat, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata di pusat-pusat optometri yang berhampiran kawasan anda. 


Rabun Tua / Presbiopia:




Rujukan:
1. http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/perbezaan-rabun-dekat-dan-rabun-tua

Saturday, August 16, 2014

DI LEMA PENGHIDAP DYSLEXIA








APAKAH ITU DYSLEXIA? 


Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak di mana IQ sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya. Sering kali pelajar yang mempunyai masalah dyslexia di sekolah dilabel sebagai kurang pandai atau 'lembap' kerana tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik seperti pelajar lain.


BAGAIMANA DYSLEXIA MELIHAT



SHORT FILM OF DYSLEXIA

Anda boleh mengenalpasti beberapa tanda jika anak anda menghidapi masalah dyslexia iaitu:-

  1. Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
  4. Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
  5. Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
  6. Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
  7. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  8. Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
  9. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  10. Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
  11. Sukar menamakan objek
  12. Keliru antara kiri dan kanan
  13. Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
  14. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ angka/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )

Huruf terbalik

Angka terbalik

15. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul.
16. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon.
17. Sukar mengenal masa/ membaca jam.
18. Keliru perkataan “semalam” atau “esok”.
19. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
20. Sukar membaca secara fonik.
21. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. 

Sekiranya anda sedar akan tanda-tanda tersebut berlaku pada anak anda, beberapa ujian penuh penglihatan perlu dilakukan terlebih dahulu di pusat-pusat optometri yang berhampiran. jika kesemua ujian ini tidak menunjukkan sebarang masalah mata yang ketara berkemungkinan besar masalah yang dihadapi ketika pembelajaran adalah disebabkan disleksia. Sekiranya, pemeriksaan mata menunjukkan keputusan normal tetapi masih menunjukkan tanda seperti yang disebutkan di atas, anda disarankan untuk membawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar kanak-kanak (pediatrik) atau pusat disleksia.

Persatuan Dyslexia Malaysia

RUJUKAN:

1. http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/disleksia-dan-gangguan-penglihatan-kes.html
2.http://www.doktorbudak.com/2014/04/16/dyslexia-bagaimana-kenalpasti-dan-membantu/





Thursday, August 14, 2014

Optometrist VS Ophtalmologist









Dewasa ini,  ramai orang masih keliru akan perbezaan diantara Optometrist dan Ophtalmologist (pakar mata) dan ditambah pula dengan kehadiran optician, ramai masih tertanya apa fungsi setiap daripada bidang yg mempunyai nama yg seakan-akan sama ini. Adalah penting untuk anda, sebagai client/pesakit/pelanggan untuk mengetahui perbezaan diantara kedua-duanya supaya anda mengetahui siapa yang anda perlu temui sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan mata.

Secara ringkasnya, optometris adalah individu yang dilatih untuk mengenalpasti dan merawat keadaan seperti rabun jauh, rabun dekat, silau dan presbyopia (rabun dekat kerana usia), kanta sentuh dan mereka juga bertanggung jawab untuk memberi preskripsi cermin mata kepada pesakit. Selain itu, mereka juga telah dilatih untuk mengenalpasti penyakit-penyakit berkaitan dengan mata namun tidak boleh memberi preskripsi untuk ubatan ( di Malaysia).

Manakala, pakar mata adalah berlainan daripada optometrist kerana mereka lebih tertumpu kepada merawat penyakit mata dan perbezaan yang besar ialah pakar mata boleh melakukan pembedahan kepada pesakit dan boleh memberi preskripsi ubatan.

bagaimana untuk mengetahui sama ada anda perlu berjumpa optometris atau ophtalmologist?
sekiranya anda mempunyai masalah seperti rabun dan silau, sila berjumpa optometris anda yang terdekat kerana optometris digelar sebagai first line in vision care. sekiranya anda mempunyai masalah yang serius dan tidak berkenaan dengan kuasa refraksi mata yang tidak dapat di kesan oleh optometris, anda akan dirujuk kepada ophtalmologist untuk pemeriksaan lanjut.

Sayangilah mata anda. Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan mata, pilihlah optometris sebagai pilihan utama. Anda mempunyai hak untuk meminta optometris untuk memeriksa mata anda di mana-mana kedai cermin mata. Anda mampu mengubahnya.

sumber: urbanoptiques.com

Saturday, April 21, 2012

Persoalan Kekaburan Mata Pada Pesakit Kencing Manis

Soalan :


Assalamualaikum,
 
Saya ada seorang makcik yang dah tua mengidapi Kencing manis yg agak tinggi.Saya kata begini krn dia terpaksa suntik sendiri insulin ke badannya.baru2 ni dia jumpa doktor kerana matanya menjadi kabur.Nak tanya betul kah kencing manis boleh buat mata kabur? Dooktor kata ada kolesterol di belakang mata nya.
Kalau ye, ada ke ubat untuk memulihkan penglihatan nya?
Terima kasih kepada yg sudi berkongsi info.


Jawapan :

Kebiasaannya, pesakit kencing manis akan menghidapi retinopati diabetik setelah satu jangka masa selepas dari pengambilan ubat-ubatan yang berkaitan dengan kencing manis. Oleh itu, jika kita mengambil ubat-ubatan ini, hendaklah kita selalu memerhati perubahan mata kita setiap hari supaya setiap perubahan itu akan mendapat rawatan yang secepatnya.

Di bawah disertakan penerangan berkenaan retinopati diabetik :


Retinopati Diabetes
Diabetes atau kencing manis berlaku bila badan kita tidak mengeluarkan cukup insulin atau tidak boleh memproseskannya dengan betul. Insulin ialah hormon yang menolong mengawal kandungan gula dalam darah kita. Kanak-kanak dan orang dewasa boleh mengidap penyakit kencing manis.

Bagaimanakah diabetes boleh melibatkan mata?

Pesakit kencing manis boleh mengidap penyakit katarak dan glaucoma lebih kerap dari orangramai. Masalah retina yang disebabkan oleh kencing manis boleh menyebabkan penglihatan mata merosot. Ini dipanggil retinopathi diabetes. Kebanyakan pesakit akan mengalami keadaan ini selepas 20 tahun.
Diabetes meninggalkan kesan ke atas saluran darah dalam retina. Tahap awal dipanggil nonproliferative diabetic retinopathy atau retinopati tanpa proliferasi.
Dalam peringkat ini, saluran darah menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik – titik pendarahan. Saluran darah juga menyebabkan retina mudah bengkak dan penglihatan menjadi kabur. Bahagian retina juga akan menunjukkan tanda-tanda “cotton wool spot” dan “hard exudates”.
Tahap yang paling teruk dipanggil retinopathi proliferatif. Dalam keadaan ini, kekurangan oksigen dalam bahagian retina menyebabkan retina menjadi “ischemic”. Ini menyebabkan saluran darah yang baru tetapi kurang matang tumbuh di atas permukaan retina. Ini dipanggil “neovascularization”. Saluran darah ini senang pecah dan mudah berdarah. Ini menyebabkan pendarahan bahagian belakang mata dan penglihatan yang kabur.
Kalau keadaan ini tidak diubati, parut juga akan terhasil di dalam mata menyebabkan urat saraf lekang dari lapisan dalam mata dan glaucoma.

Apakah simptom retinopati diabetes?

Ini bergantung kepada tahap retinopati diabetes.
Antara simptom termasuk:
  • Kekaburan mata
  • “Floaters” dan “flashes”
  • Tiba-tiba kehilangan penglihatan
Bagaimanakah retinopati diabetes dikesan dan diagnosa dilakukan?
Pesakit kencing manis perlu pemeriksaan rutin supaya apa-apa masalah dikesan dan dirawati dengan awal. Pesakit perlu diperiksa oleh pakar mata. Doktor pakar mata perlu mengembang anak mata anda untuk melakukan pemeriksaan yang teliti.

Apakah rawatan untuk retinopati diabetes?

Ini bergantung kepada tahap penyakit dan masalah yang perlu perhatian. Siasatan yang lebih lanjut seperti : fluorescein angiography, pengambaran retina and ultrasound mata.
Rawatan yang awal untuk retinopati proliferatif memerlukan sejenis laser yang dipanggil panretinal photocoagulation. Dalam procedur ini, laser digunakan untuk menolong mengurangkan keperluan oksigen dari bahagian retina. Ini membolehkan saluran darah yang mudah pecah mengecut dan hilang.
Untuk tahap yang lebih teruk, pendarahan dalam mata atau kelekangan retina memerlukan penbedahan vitrectomy. Dalam procedur ini, darah dan vitreous dikeluarkan dan diganti dengan saline. Pada masa yang sama, parut atau tisu yang menarik permukaan retina dikeluarkan juga.
Kalau parut tidak dirawat, ini boleh menyebabkan lubang dalam retina dan kelekangan retina. Lubang ini boleh ditampal dengan laser. Kelekangan retina memerlukan pembedahan. Penglihatan selepas pembedahan bergantung kepada tahap penyakit anda.

Boleh retinopati diabetes dielakkan?

Pesakit yang boleh mengawal kandungan glukosa dalam darah, masalah yang mungkin dialami oleh mata mereka juga berkurangan jikalau dibandingkan dengan pesakilt yang tidak boleh mengawal kandungan glukosa. Pemakanan yang sihat dan senaman seharian juga akan membantu.
Pesakit kencing manis juga perlu pemeriksaan rutin dengan pakar mata. Masalah mata yang dirawat pada tahap yang awal biasanya lebih senang dirawat.

Retina

"Hard Exudates" dalam retinopati diabetes



Retina
Pendarahan Pre-retinal 



Retina - lasered
Laser untuk retinopati diabetes


Sumber : http://www.eyespecialist.name/Malay/malay_diabetic_retinopathy.html

Borang Tempahan

Nama:
Email:
No. Telefon :
Alamat :
Pilihan Produk Cloth Diaper
Handbook
Specs
Contact Lens
Handmade Thingy
Kod / Warna / Detel Produk
Preskipsi (Cermin mata & Kanta Sentuh)
Bukti Bayaran (Online atau Offline)
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Pija's Kids Shop / Uwaiys Optometrist

This form powered by Freedback