Dewasa ini, kanta sentuh semakin menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan muda mudi bahkan juga dikangan dewasa yang bekerjaya. Sesetengah orang memilih kanta sentuh kerana ia lebih memberi kesan yang baik dari segi kosmetik. Akan tetapi, penggunaan kanta sentuh memerlukan penjagaan yang baik dan rapi. Jika penjagaan kanta sentuh di pandang lewa, ia akan memberi pelbagai komplikasi kepada mata anda. Di sini kami akan menyenaraikan beberapa tips dan panduan yang boleh anda ikuti untuk menjaga mata anda dari sebarang komplikasi kanta sentuh.
1) Pastikan anda mendapatkan kanta sentuh anda dari optometris atau doktor mata anda. jangan sewenang-wenangnya membeli secara online kerana dikhuatiri kurang bersih dan preskripsi kurang tepat.
2) Pastikan tangan anda bersih sebelum memegang kanta sentuh
3) Belajar bagaimana untuk memakai kanta sentuh dengan betul daripada optometris anda
4) Belajar bagaimana cara yang betul untuk mengeluarkan kanta sentuh daripada mata anda.
5) Pakai kanta sentuh anda mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh optometris anda. Contoh: 8 jam sehari/ selama sebulan. jangan pakai lebih dari waktu yang ditetapkan.
6) gunakan rewetting solution (boleh didapatidi farmasi) untuk mengelakkan mata kering.
7) belajar cara untuk membersihkan dan menyimpan kanta sentuh anda dengan betul daripada optometris anda.
8) sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika memakai kanta sentuh seperti mata merah, pedih dan sebagainya, sila berjumpa dengan optometris anda dengan segera.
0 comments:
Post a Comment