Kaki cermin mata patah.. alamatnya memang kena tukar bingkai lain jawabnya kan?
Pelanggan ni tanya, "Kaki tu tak boleh ganti lain ke? Tak ada spare parts ye?"
Baiklah saya cuba cari.

Adakala pelanggan yang sekadar menukar bingkai akan tinggal bingkai
lamanya pada kami. Bahagian cermin mata bingkai itulah yang akan berguna
untuk kegunaan orang lain. Alhamdulillah, saya berjaya
mendapatkan kaki yang sesuai untuk bingkainya. Selepas itu, kami
tukarkan nosepad dan kemudian lap cerminnya. Tapi eh! Tak hilang
bintik-bintik di lens.
Saya gunakan kuku dengan berhati-hati manalah tau boleh mengikis kekotoran tu tapi rasanya ini bukan kekotoran. Lensnya bercalar.
"Encik, saya dah tukar kaki dan nosepad bingkai ni. Cuma lens ni bukan kotor ya? Dia macam bercalar. Tapi calar tu titik-titik bukan bergaris macam kebiasaan selalu terjadi?".
Rupanya beliau selalu mesin rumput. Batu melantun ke arah cermin itu biasa. Malah dia menunjukkan satu lagi bingkai yang baru serpih semalam di bahagian tepi.
Untuk itu, saya cadangkan dia pakai sunglass fit over. Sunglass ini dipakai diatas cermin mata (bukan clip on). Selain memberi perlindungan kepada cermin matanya, ia juga boleh digunakan untuk menahan silau bekerja di bawah panas matahari.
Ramai juga yang suka fit over ni. Harganya ekonomi. Pemakai cermin mata tak perlu tempah sunglass yang ada power dah jika ok dengan fit over ni. 😊

0 comments:
Post a Comment