Sunday, August 9, 2009

Pemeriksaan Mata Sblm Pemakaian CL

Sejak akhir-akhir ini wujud satu kekeliruan masyarakat tentang penggunaan kanta sentuh warna. Populariti kanta sentuh warna yang hangat diperkatakan kini telah menjadi satu ikon dalam fesyen remaja khasnya kaum wanita.

Ahli profesional dalam bidang penjagaan mata sudah lama menyatakan kebimbangan mereka. Percambahan bilangan pembeli kanta sentuh warna yang tidak mendapat sebarang pemeriksaan mata daripada optometris terlebih dahulu, amat membimbangkan.

Mereka membeli kanta sentuh warna daripada jurujual atau optisyen berdasarkan `jualan atau sale,. yang menawarkan harga yang rendah tanpa mengambil kira kesesuaian dan keselesaan kanta tersebut pada mata mereka.

`Kenapa perlu periksa mata? Mata saya tidak perlu sebarang kuasa kanta', ini adalah antara soalan yang kerap dikemukakan oleh pembeli kanta sentuh warna tanpa mengetahui bahaya yang ditempah.

Pemeriksaan mata perlu dilakukan ke atas semua pemakai kanta sentuh tidak kira sama ada kanta yang dipakai itu berwarna atau tidak. Atau, mempunyai kuasa atau sebaliknya.

Pentingnya pemeriksaan mata adalah untuk menentukan kesesuaian kanta sentuh tersebut dengan mata si pemakai. Terdapat sebilangan orang yang tidak boleh memakai kanta sentuh disebabkan oleh mata yang terlalu kering, alahan teruk pada kelopak mata atau penghidap penyakit-penyakit mata yang lain.

Jadi, penting untuk mengetahui sama ada anda sememangnya layak ataupun tidak untuk memakai kanta sentuh sebelum membelinya. Kanta sentuh warna terdapat dalam pelbagai jenama, saiz, corak dan warna. Setiap jenama mempunyai saiz yang berbeza dari segi kelengkungan dasarnya mahupun diameter kanta. Oleh itu pemasangan kanta ke atas mata pemakai akan menunjukkan persembahan yang berbeza bagi setiap jenama yang lain.

Anda mungkin pernah mencuba kanta sentuh warna yang mempunyai jenama yang berbeza dan anda akan rasa kelainan setiap satunya. Keselesaan semasa memakai kanta sentuh warna tidak menggambarkan kesesuaian sebenar kanta tersebut pada mata anda. Anda mungkin berasa sangat selesa dengan kanta sentuh tetapi pemasangan kanta tersebut mungkin sangat ketat.

Ia boleh menghalang oksigen dan air mata daripada memasuki kawasan kornea. Selepas beberapa jam barulah anda dapat perhatikan mata menjadi merah dan rasa tidak selesa mula timbul. Cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai sepasang mata yang kurang sensitif, biasanya terjadi pada pemakai kanta sentuh yang sudah lama anda mungkin tidak dapat merasai perubahan yang berlaku. Maka, kanta akan terus dipakai tanpa menyedari proses pembengkakan kornea atau (edema) menjadi semakin teruk.

Ini memudahkan anda mendapat jangkitan. Sekiranya fenomena ini kerap berlaku anda mungkin terdedah kepada bahaya kebutaan. Terdapat terlalu banyak laporan dari hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik mata tentang penyalahgunaan kanta sentuh yang hampir atau telah menyebabkan kebutaan kepada pemakainya.

Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada pemasalahan ini. Pertama disebabkan premis optikal yang tidak mempunyai kelayakan. Atau, optometris yang bertauliah gagal menjalankan pemeriksaan ke atas pemakai kanta sentuh baru serta tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar pemakaian dan hygine yang diperlukan.

Kedua, pemakai kanta sentuh itu sendiri yang tidak akur dengan nasihat dan penjagaan kanta sentuh yang telah disyorkan oleh optometris dan tidak menghadiri sesi ulangan pemeriksaan (aftercare) yang telah diatur.

Komplikasi kanta sentuh
Antara penyebab paling ketara berlakunya komplikasi terhadap pemakai kanta sentuh warna ialah sikap suka berkongsi kanta sentuh dengan rakan-rakan.

Ini kerap kali berlaku pada pemakai kanta sentuh occasional yang tidak mempunyai sebarang kuasa refraksi.

Oleh itu mereka bebas berkongsi kanta sentuh warna. Ramai yang tidak mengetahui bahawa penyakit serius boleh berjangkit melalui pemakaian kanta sentuh antaranya hepatitis B, AIDS dan SARS. Pengguna, perlu sedar tentang risiko ulser kornea yang berkait dengan pemakaian kanta sentuh warna melebihi had yang disyorkan.

Terdapat banyak kanta sentuh warna jenis pakai buang satu bulan di pasaran. Sekiranya pemakai terus menggunakan kanta tersebut melebihi daripada tempoh hayatnya, jangkitan dalaman mata, kornea berparut dan lain-lain masalah boleh menyebabkan penglihatan terjejas. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan kebutaan dan kehilangan mata.

Perlu diingat, kanta sentuh warna hanya boleh dipasang dan dibeli oleh optometris bertauliah untuk menghindari semua risiko ini. Hanya optometris yang berpengalaman boleh mengesan risiko-risiko awal pada mata pemakai kanta sentuh warna.

Mereka juga boleh menasihat dan memantau pengguna yang bermasalah sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Pemakai kanta sentuh warna juga perlu diingatkan bahawa kanta mereka perlu disinfeksi secara sempurna setiap hari.

Ramai yang mengambil jalan mudah dan murah dengan hanya merendam kanta dalam larutan saline sahaja. Pemakaian kanta sentuh warna perlu dipandang serius.

Ini semua mempunyai hubung kait dengan kesan meletakkan benda asing di dalam mata. Ketahuilah bahawa kanta sentuh warna boleh menyebabkan risiko yang serius seperti kebutaan.

Selain itu, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada mata sekiranya diperoleh tanpa pemasangan yang betul oleh optometris bertauliah. "

*ini adalah artikel kopipes :P

1 comments:

Atiqah said...

sy bru je teringin nk pkai CL..tgk kwn2 bergaya dgn CL yg berwarna warni tu sy pun jd teringin nk pkai..
nk tye..
kwn2 sy bli CL tu kat sale..3 CL =RM100
ok ke? sy sllu tgk kwn2 sy bli CL yg de potongan hrga.kdg2 sy sndr naik was2 dorg ni g check elok2 ke x mata dorg before beli CL yg murah tu.
CL yg mahal atau murah lg bagus?
power mata sy dh cecah 700..kalo sy nk pkai CL agak2 apa yg perlu sy take into account to make sure CL yg sy pkai tu x memudaratkn mata sy kelak?

Borang Tempahan

Nama:
Email:
No. Telefon :
Alamat :
Pilihan Produk Cloth Diaper
Handbook
Specs
Contact Lens
Handmade Thingy
Kod / Warna / Detel Produk
Preskipsi (Cermin mata & Kanta Sentuh)
Bukti Bayaran (Online atau Offline)
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Pija's Kids Shop / Uwaiys Optometrist

This form powered by Freedback