Tuesday, September 9, 2014

Essilor ; Kanta Photochromic






Dewasa ini, perlindungan kepada cahaya matahari adalah sangat penting untuk setiap individu. Bukan sahaja kulit kita yang perlu dilindungi oleh cahaya matahari, bahkan mata turut dipelihara agar tidak selalu terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana, cahaya matahari boleh mempercepatkan proses penuaan pada mata dan menyebabkan kita lebih cepat terdedah kepada penyakit penyakit yang berkaitan dengan faktor umur seperti katarak dan sebagainya. Cara terbaik untuk memelihara mata daripada sinaran UV adalah dengan memakai cermin mata hitam (sunglasses) setiap kali anda keluar daripada rumah. Akan tetapi, bagi pemakai cermin mata, adalah sukar untuk anda memakai cermin mata dan sunglass anda dalam masa yang sama. Tidak banyak sunglasses yang dicipta untuk dipakai bersama dengan kaca mata kerana faktor kosmetik yang kurang diterima oleh masyarakat. Jalan penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan memilih kanta photochromic/ transition daripada Essilor. 




Kanta Transition ini hanya akan berubah warna menjadi gelap apabila berada dibawah sinaran cahaya matahari sahaja. ia akan kekal cerah ketika berada didalam rumah (indoor) ataupun di waktu malam. apabila berada di luar (outdoor) ia akan berubah dengan segera tanpa anda sendiri untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Kelebihan kanta ini ialah :

1) memberi penglihatan yang selesa dengan mengurangkan keletihan mata dan kurang silau apabila berada di bawah cahaya matahari.

2) kaca mata ideal yang boleh digunakan indoor dan juga outdoor

3) perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya.

Kanta ini sesuai untuk digunakan oleh setiap lapisan umur. Terdapat 2 warna yang boleh dipilih iaitu kelabu dan coklat yang hadir di dalam pelbagai bentuk dan design (single, bifocal, multifocal) dan sesuai digunakan oleh semua jenis bingkai.




Lindungi mata anda dari cahaya matahari demi kesihatan jangka panjang yang berkekalan. Anda mampu mengubahnya.

Sunday, September 7, 2014

Crizal Forte UV

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.




Hari ini, kami ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai kanta Crizal Forte UV yang dikeluarkan oleh Essilor iaitu diantara syarikat terbesar pengeluar kanta cermin mata terbesar di Malaysia. Kelebihan kanta ini berbanding kanta yang lain ialah, ia mempunyai perlindungan cahaya matahari bukan sahaja pada bahagian hadapan kanta, bahkan ia turut memberi perlindungan UV dari bahagian belakang kanta. Sekiranya bahagian belakang kanta tidak mempunyai sebarang perlindungan, pemakai masih terdedah kepada 50% cahaya UV yang bermakna ia tidak memberi perlindungan menyeluruh seperti kanta Crizal Forte UV.

Kanta Crizal ini juga mempunyai lapisan-lapisan yang dapat membantu para pengguna untuk mendapatkan penglihatan yang jelas dan terang. Diantara lapisan yang terdapat pada kanta ini ialah:

a) mempunyai anti silau - membantu mendapatkan penglihatan yang jelas ketika memandu di waktu malam dan ketika melakukan kerja komputer.

b) mengelakkan daripada kesan jari terlekat pada kanta

c) anti calar

d) mengelakkan habuk daripada terlekat pada kanta

e)mengelakkan air terlekat pada cermin untuk mendapatkan penglihatan yang jelas ketika hujan




Anda inginkan penglihatan yang jelas dengan kaca mata anda? Cubalah kanta Crizal Forte UV daripada Essilor.


Wednesday, September 3, 2014

Essilor - Crizal Prevencia . Melindungi mata anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kami ingin memperkenalkan salah satu kanta yang dikeluarkan oleh salah satu syarikat terbesar pengeluar kanta cermin mata iaitu Essilor. Kanta ini dicipta khas untuk menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cahaya biru (yang dikeluarkan oleh kebanyakan gadget) yang boleh mennyebabkan kerosakan pada mata. Kanta ini berupaya untuk menghalang cahaya biru daripada memasuki mata anda dan mengelakkan mata anda terdedah secara terus kepada cahaya tersebut.





Seperti yang kita tahu, cahaya adalah penting dalam kehidupan seharian kerana tanpanya dunia akan menjadi gelap gelita. Cahaya biru juga adalah penting untuk kitaran tidur dan jaga dan juga proses pembelajaran. Tapi jika terdedah kepada cahaya ini secara berlebihan, ia boleh menyebabkan penuaan mata secara pra matang contohnya cahaya UV yang boleh mempercepatkan pembentukan katarak dan cahaya biru-violet yang boleh yang boleh mempercepatkan Age Related Macular Degeneration (ARMD) .

Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya ini boleh menyebabkan sel retina menjadi mati oleh itu adalah penting untuk anda mengelakkan pendedahan yang berlebihan kepada cahaya tersebut, Akan tetapi, cahaya ini boleh terdapat di mana-mana sahaja seperti outdoor : di mana-mana sahaja (cuaca terik, mendung, hujan dan sebagainya ) dan indoor : alat digital seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya,



Kanta Crizal Prevencia ini dicipta khas bg mengelakkan mata anda terdedah secara berlebihan kepada cahaya biru dan seterusnya mengelakkan daripada penuaan mata secara pra matang. Ia dapat mengurangkan kematian sel retina sebanyak 25% dan melindungi mata dari sinaran UV 25 kali lebih baik berbanding tanpa memakai cermin mata.



 Ia juga mengekalkan keseimbangan regulasi cahaya dengan membenarkan cahaya biru memasuki mata hanya dengan jumlah yang diperlukan. Selain itu, kanta ini juga dilengkapi dengan beberapa lapisan perlindungan tambahan seperi perlindungan UV dari belakang dan depan kanta, anti silau, water repellent, anti-smudge dan anti finger print. Ia terbukti jauh lebih baik berbanding kanta lain dan berbaloi untuk menjaga mata anda sebaiknya.






Anda pengguna bijak? Anda mampu mengubahnya.

Sumber : Essilor


Sunday, August 31, 2014

Tips penjagaan kanta sentuh





Dewasa ini, kanta sentuh semakin menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan muda mudi bahkan juga dikangan dewasa yang bekerjaya. Sesetengah orang memilih kanta sentuh kerana ia lebih memberi kesan yang baik dari segi kosmetik. Akan tetapi, penggunaan kanta sentuh memerlukan penjagaan yang baik dan rapi. Jika penjagaan kanta sentuh di pandang lewa, ia akan memberi pelbagai komplikasi kepada mata anda. Di sini kami akan menyenaraikan beberapa tips dan panduan yang boleh anda ikuti untuk menjaga mata anda dari sebarang komplikasi kanta sentuh.

 1) Pastikan anda mendapatkan kanta sentuh anda dari optometris atau doktor mata anda. jangan       sewenang-wenangnya membeli secara online kerana dikhuatiri kurang bersih dan preskripsi kurang tepat.

2) Pastikan tangan anda bersih sebelum memegang kanta sentuh





3) Belajar bagaimana untuk memakai kanta sentuh dengan betul daripada optometris anda



4) Belajar bagaimana cara yang betul untuk mengeluarkan kanta sentuh daripada mata anda.

5) Pakai kanta sentuh anda mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh optometris anda. Contoh: 8 jam sehari/ selama sebulan. jangan pakai lebih dari waktu yang ditetapkan.

6) gunakan rewetting solution (boleh didapatidi farmasi) untuk mengelakkan mata kering.



7) belajar cara untuk membersihkan dan menyimpan kanta sentuh anda dengan betul daripada optometris anda.

8) sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika memakai kanta sentuh seperti mata merah, pedih dan sebagainya, sila berjumpa dengan optometris anda dengan segera.



Monday, August 25, 2014

Diabetes dan mata

Assalalamualaikum W.B.T





Salam sejahtera dan salam satu malaysia buat semua pebaca tegar di blog Uwaiys Optometrist ini. Hari ini kami ingin membincangkan mengenai kesan diabetes kepada mata anda. Untuk pengetahuan anda, diabetes mellitus ((DM) adalah diantara punca utama kebutaan bagi pesakit berumur 65 tahun kebawah di US. Selain menjadi diantara faktor utama penyebab kebutaan, ia juga boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain seperti :

a) Ia boleh menyebabkan penglihatan kabur sementara ataupun penglihatan menjadi kabur secara tetap dan teruk.

b) Pesakit yang menghidapi DM juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat katarak dan glaukoma.

Sesetengah pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidap DM sehinggalah mereka mempunyai masalah dengan mata dan penglihatan mereka. Diabetic retinopathy berlaku apabila DM telah sampai ke mata dan selalunya terjadi kepada pesakit DM yang telah menderita selama bertahun tahun dan juga tidak mengawal paras gula dalam darah  mereka.



Penting untuk anda mengawal dan menjaga kesihatan anda agar DM tidak menjadi semakin teruk hingga mengganggu mata anda. Disini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelak drpd diabetes anda semakin teruk dan mengganggu kesihatan mata anda :

a) mengekalkan berat badan yang normal

b) mengawal pemakanan

c) amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam selama setengah jam 3 kali seminggu

d) tidak merokok

Sayangilah diri anda sendiri.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekian terima kasih.

Thursday, August 21, 2014

Masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak. Apakah peranan ibu bapa?

Penglihatan yang baik adalah penting bagi kanak-kanak dalam memastikan prestasi mereka di sekolah berada di tahap yang memberangsangkan. Bagaimana mereka ingin belajar dengan baik di sekolah jika mereka sendiri tidak dapat melihat tulisan di papan hitam dengan jelas, bukan begitu? Sebagai ibu bapa dan guru, anda memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anda dan juga murid-murid anda tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan. Di sini terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa anak-anak anda mempunyai masalah penglihatan :





1) Menonton televisyen terlampau dekat

2) Menggunakan jari untuk menunjukkan ayat ketika membaca

3) Mengecilkan mata dan mengherotkan kepala untuk melihat dengan lebih jelas

4) Selalu menggosok mata

5) Sensitif terhadap cahaya dan mata selalu berair

6) Menutup sebelah mata untuk membaca, menonton tv ataupun untuk melihat objek jauh

7) Mengelak untuk membuat kerja dekat seperti membaca ataupun kerja yang melibatkan penglihatan jauh seperti bersukan dan aktiviti rekreasi

8) Mengadu pening kepala dan mata pedih

9) Mengelak untuk menggunakan komputer dengan alasan ia menyakitkan mata

10) Mendapat markah yang rendah berbanding sebelum ini di sekolah

Pastikan anda memantau anak anda dan sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda ini, sila bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan mata. Anda mampu mengubahnya.




Monday, August 18, 2014

6 tips untuk mengekalkan kesihatan mata

1) Makan makanan yang berkhasiat untuk mata

Bukan senang untuk mengekalkan kesihatan mata kita. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. kajian menunjukkan bahawa nutrisi seperti omega 3, lutein, zinc dan vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti Age Related Macular Degeneration (ARMD) dan melambatkan penghasilan selaput (katarak) pada mata. berikut ialah beberapa jenis makanan yang dapat memberikan nutrisi penting pada mata anda:

a) sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan cauliflower
b)salmon, tuna
c) telur, kacang
d) oranges





selain itu, pastikan anda mengekalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan daripada obesiti. obesiti akan menyebabkan anda terdedah kepada beberapa penyakit diantaranya ialah type 2 diabetes. type 2 diabetes adalah punca kebutaan di kalangan dewasa.



2) Berhenti merokok

merokok boleh menyebabkan anda mudah untuk mengidap penyakit seperti katarak, saraf optik rosak dan degenerasi makular. jika anda pernah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi tidak berjaya, teruskan mencuba untuk berhenti. usaha anda akan membuahkan hasilnya, Insya Allah.



3) Pastikan anda memakai cermin mata hitam (Sunglasses)

Cermin mata hitam yang betul ialah cermin mata yang memberikan perlindungan UV daripada cahaya matahari, namun trend terkini menunjukkan bahawa para pengguna lebih mengutamakan fesyen daripada perlindungan. pastikan anda mendapatkan nasihat dari optometris anda ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. sinaran uv ini menyebabkan anda lebih mudah untuk mengidap katarak.



4) Gunakan perlindungan mata (safety eyewear)

sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang terdedah kepada bahan bahan berbahaya kepada mata seperti menggerudi dan sebagainya, pastikanan anda memakai kaca mata perlindungan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata anda dari bahaya.



5)jangan melihat skrin komputer terlalu lama

sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda menggunakan komputer bagi tempoh masa yang lama, pastikan anda menggunakan taktik ini. Lihat komputer anda selama 30 minit, dan ambil masa 5 minit untuk merehatkan mata anda dengan melihat objek yang jauh atau melihat keluar tingkap. dengan cara ini, anda akan dapat menjaga dan mengekalkan kesihatan mata anda.



Pelihara kesihatan mata anda sebelum terlambat.

Terima kasih.

Sunday, August 17, 2014

RABUN TUA / PRESBYOPIA

RABUN TUA / PRESBIOPIA

Mungkin ada di kalangan kita yang belum pernah mendengar tentang penyakit 'Rabun tua', atau juga dikenali sebagai Presbiopia. Rabun Tua dan Rabun Jauh adalah dua kondisi maslah mata yang berbeza. Presbyopia ialah satu kondisi penglihatan yang berkait rapat dengan usia di mana kanta mata kita telah mengalami proses penuaan dan kehilangan fungsi fleksibilitinya. Kehilangan fungsi ini akan menyebabkan kesukaran pada mata untuk fokus pada objek dekat. Kebiasaannya masalah presbiopia ini akan mula berlaku apabila sesorang itu berumur sekitar 40 tahun.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap Presbiopia adalah seperti berikut:
1. Penglihatan kabur ketika melihat objek berjarak dekat, contohnya ketika membaca.
2. Mata mudah letih dan sakit kepala terutamanya selepas melakukan aktiviti dekat atau membaca.
3. Perlu memegang bahan bacaan lebih jauh dari jarak biasa untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kebiasaannya pesakit akan mengadu tangan mereka tidak cukup panjang untuk memegang bahan bacaan.
4. Memerlukan pencahayaan yang lebih terang berbanding pencahayaan biasa untuk melakukan aktiviti berjarak dekat.
5. Kondisi atau masalah menjadi bertambah teruk seiring dengan peningkatan usia (bermula sekitar 40 tahun).

Cara mengatasi:
Rabun tua boleh diatasi dengan pemakaian cermin mata. Terdapat 3 jenis cermin mata yang boleh digunakan iaitu penglihatan tunggal atau single vision (untuk jarak dekat sahaja), bifokal (mempunyai dua lapis cermin untuk penglihatan jauh dan dekat), atau multifokal (untuk jarak jauh, pertengahan, dan dekat).

Gambar rajah cermin mata untuk membetulkan masalah rabun tua:

Saranan:

             Sekiranya anda berusia sekitar 40 tahun dan mula mempunyai masalah kabur penglihatan sewaktu melakukan aktiviti berjarak dekat, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata di pusat-pusat optometri yang berhampiran kawasan anda. 


Rabun Tua / Presbiopia:




Rujukan:
1. http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/perbezaan-rabun-dekat-dan-rabun-tua

Saturday, August 16, 2014

DI LEMA PENGHIDAP DYSLEXIA








APAKAH ITU DYSLEXIA? 


Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak di mana IQ sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya. Sering kali pelajar yang mempunyai masalah dyslexia di sekolah dilabel sebagai kurang pandai atau 'lembap' kerana tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik seperti pelajar lain.


BAGAIMANA DYSLEXIA MELIHAT



SHORT FILM OF DYSLEXIA

Anda boleh mengenalpasti beberapa tanda jika anak anda menghidapi masalah dyslexia iaitu:-

  1. Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
  4. Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
  5. Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
  6. Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
  7. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  8. Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
  9. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  10. Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
  11. Sukar menamakan objek
  12. Keliru antara kiri dan kanan
  13. Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
  14. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ angka/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )

Huruf terbalik

Angka terbalik

15. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul.
16. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon.
17. Sukar mengenal masa/ membaca jam.
18. Keliru perkataan “semalam” atau “esok”.
19. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
20. Sukar membaca secara fonik.
21. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. 

Sekiranya anda sedar akan tanda-tanda tersebut berlaku pada anak anda, beberapa ujian penuh penglihatan perlu dilakukan terlebih dahulu di pusat-pusat optometri yang berhampiran. jika kesemua ujian ini tidak menunjukkan sebarang masalah mata yang ketara berkemungkinan besar masalah yang dihadapi ketika pembelajaran adalah disebabkan disleksia. Sekiranya, pemeriksaan mata menunjukkan keputusan normal tetapi masih menunjukkan tanda seperti yang disebutkan di atas, anda disarankan untuk membawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar kanak-kanak (pediatrik) atau pusat disleksia.

Persatuan Dyslexia Malaysia

RUJUKAN:

1. http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/disleksia-dan-gangguan-penglihatan-kes.html
2.http://www.doktorbudak.com/2014/04/16/dyslexia-bagaimana-kenalpasti-dan-membantu/





Thursday, August 14, 2014

Optometrist VS Ophtalmologist









Dewasa ini,  ramai orang masih keliru akan perbezaan diantara Optometrist dan Ophtalmologist (pakar mata) dan ditambah pula dengan kehadiran optician, ramai masih tertanya apa fungsi setiap daripada bidang yg mempunyai nama yg seakan-akan sama ini. Adalah penting untuk anda, sebagai client/pesakit/pelanggan untuk mengetahui perbezaan diantara kedua-duanya supaya anda mengetahui siapa yang anda perlu temui sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan mata.

Secara ringkasnya, optometris adalah individu yang dilatih untuk mengenalpasti dan merawat keadaan seperti rabun jauh, rabun dekat, silau dan presbyopia (rabun dekat kerana usia), kanta sentuh dan mereka juga bertanggung jawab untuk memberi preskripsi cermin mata kepada pesakit. Selain itu, mereka juga telah dilatih untuk mengenalpasti penyakit-penyakit berkaitan dengan mata namun tidak boleh memberi preskripsi untuk ubatan ( di Malaysia).

Manakala, pakar mata adalah berlainan daripada optometrist kerana mereka lebih tertumpu kepada merawat penyakit mata dan perbezaan yang besar ialah pakar mata boleh melakukan pembedahan kepada pesakit dan boleh memberi preskripsi ubatan.

bagaimana untuk mengetahui sama ada anda perlu berjumpa optometris atau ophtalmologist?
sekiranya anda mempunyai masalah seperti rabun dan silau, sila berjumpa optometris anda yang terdekat kerana optometris digelar sebagai first line in vision care. sekiranya anda mempunyai masalah yang serius dan tidak berkenaan dengan kuasa refraksi mata yang tidak dapat di kesan oleh optometris, anda akan dirujuk kepada ophtalmologist untuk pemeriksaan lanjut.

Sayangilah mata anda. Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan mata, pilihlah optometris sebagai pilihan utama. Anda mempunyai hak untuk meminta optometris untuk memeriksa mata anda di mana-mana kedai cermin mata. Anda mampu mengubahnya.

sumber: urbanoptiques.com

Borang Tempahan

Nama:
Email:
No. Telefon :
Alamat :
Pilihan Produk Cloth Diaper
Handbook
Specs
Contact Lens
Handmade Thingy
Kod / Warna / Detel Produk
Preskipsi (Cermin mata & Kanta Sentuh)
Bukti Bayaran (Online atau Offline)
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Pija's Kids Shop / Uwaiys Optometrist

This form powered by Freedback