Jika anda mahukan surat rujukan daripada kami, kami boleh menyediakannya untuk anda. Surat rujukan kami mungkin boleh diterima oleh klinik-klinik swasta tetapi tidak di hospital kerajaan.
Jika anda mahu mendapatkan pemeriksaan dari oftalmologi dan optometris, maka sila ikut arahan di bawah :
1. Sila dapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital daerah di Jabatan Pesakit Luar
2. Dapatkan surat rujukan daripada doktor yang merawat anda. Sekiranya mata anda mengalami kesakitan, maka surat itu haruslah ditujukan kepada oftalmologis tetapi jika anda hanya ingin mendapatkan kuasa mata anda, maka surat itu haruslah ditujukan kepada optometris
3. Sebaiknya dapatkan nombor telefon hospital yang mempunyai Jabatan Mata Oftalmologi
4. Hubungi klinik berkenaan untuk bertanya hari apakah yang sesuai untuk anda kunjungi bagi membuat pemeriksaan
5. Jangan lupa untuk bertanya sama ada anda sesuai untuk membuat sepasang kaca mata baru atau tidak. Jika ya, maka kini anda boleh mengunjungi pusat optometri berdekatan anda. Jika tidak, dapatkanlah dulu rawatan yang sesuai untuk mata anda sebelum membuat sepasang kaca mata baru.
Friday, March 27, 2009
Cara Rujukan ke Klinik Mata/Oftalmologi Kerajaan
Juling dan Keyakinan Diri
Dia turut memberitahu kami bahawa kejulingan yang dialami olehnya benar-benar telah menjatuhkan keyakinan dirinya. Seperti biasa kami akan memberi sedikit tunjuk ajar supaya dia dapat membuat beberapa latihan untuk mengurangkan kejulingan yang dihadapinya.
Dalam pada masa itu, ingin sekali kami ingatkan kepada mereka yang mengalami kejulingan, juling yang berlaku tidak pernah kita pinta. Anda tidak perlu merasa rendah diri dengan sesuatu yang telah ditakdirkan kepada anda.
Kejulingan anda itu tidak hanya menjadi ujian buat diri anda tetapi juga ujian buat mereka yang di sekeliling anda. Sekiranya anda bersabar dengan cercaan orang, maka ada kebahagiaan atas kesabaran anda itu.
Tidak perlulah terlalu melayan rasa rendah diri anda kerana itu yang merencat banyak lagi kelebihan dan kebolehan anda. Semoga kehidupan anda berubah mulai dari hari ini.
→ Sedikit nota tentang kejulingan daripada kami :
JULING adalah satu keadaan dimana ke dua-dua mata tidak selari.
1. Juling Mencapah(Juling Keluar)
2. Juling Menumpu(Juling Ke dalam)
Antara sebab-sebab juling :
1. Masalah penglihatan yang tidak dirawat
2. Keturunan
3. Kecederaan pada otot mata
4. Gangguan pada saraf
Kesan juling :
1. Mata malas/amblyopia
2. Masalah psikososial seperti rasa rendah diri, kurang keyakinan, dll
Rawatan :
Samada satu atau kombinasi rawatan seperti di bawah
1. Memakai cermin mata
2. Pembedahan
3. Rawatan lain :
-Terapi menutup mata ( di mana mata yang lebih baik penglihatannya ditutup supaya mata yang malas dapat dirangsang fungsinya)
Memakai Kaca Mata Dengan Kuasa Berlebihan
Suatu hari, kami diajukan dengan soalan ini,
“Kenapa saya cek kuasa mata saya di tempat lain kuasa saya -4.00 sedangkan di sini saya hanya diberi kuasa -0.75 sahaja?”
Persoalannya pula,
“Kenapa perlu memakai power -4.00 sekiranya dengan -0.75 penglihatan anda telah menjadi sempurna?”
Terdapat segolongan kanak-kanak (atau mungkin orang dewasa juga) merasa tidak puas hati dengan cermin matanya setelah mengetahui kuasa mereka tidak seratus peratus seperti orang lain. Namun jika mereka tidak memakainya pula, mereka akan mengalami kekaburan.
Berikut saya nyatakan beberapa perkara jika anda menggunakan kuasa mata yang tidak tepat. Adalah diharapkan agar semua pelanggan dan pembaca mendapat sedikit panduan tentang pentingnya menggunakan kuasa yang tepat.
* sekiranya kuasa jauh yang terlalu tinggi, maka mungkin anda tidak akan selesa ketika membuat kerja dekat
* sekiranya kuasa dekat terlalu tinggi, maka anda perlu membawa bahan bacaan anda terlampau dekat dengan mata untuk mendapatkan penglihatan yang baik
* sekiranya kuasa jauh anda rendah, penglihatan jauh anda akan kabur
* sekiranya kuasa dekat terlalu rendah, maka anda terpaksa menjauhkan bahan bacaan dari kebiasaannya.
Tidak kisahlah berapa kuasa mata anda sekalipun asalkan anda dapat pengliahatan yang baik.
Sekian.
Sunday, March 8, 2009
Nystagmus - Mata Bergerak-gerak
Beberapa hari yang lepas, seorang pelanggan telah masuk ke premis kami untuk membuat sepasang kaca mata baru dan ini adalah pengalaman pertama kakitangan kami melihat pelanggan dengan masalah nystagmus iaitu mata hitam yang sentiasa bergerak-gerak sehingga sukar untuk mendapatkan bacaan dari autorefraktometer (komputer).
Jadi, saya ingin sekali berkongsi dengan para pembaca blog ini apakah itu nystagmus. Nystagmus adalah keadaan di mata hitam bergerak-gerak tanpa dapat dikawal oleh tuan punya diri. Ia juga dikenali sebagai "dancing eyes" atau "jerking eyes". Para doktor & pengkaji masalah ini telah mengklasifikasikan gerakan ini seperti pendulum (bandul jam) yang mana ia bergerak perlahan ke satu arah dan laju ke arah bertentangan.
Di bawah akan dibincangkan beberapa jenis nystagmus. Semoga para pembaca dapat memahami penerangan ini :)
1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan
Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang).
Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut.
2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)
Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini.
Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.
Perubatan & nystagmus
Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus.
Naik turun penglihatan.
Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup.
The Null Position
Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit.
Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka.
Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.
Nystagmus & Kaca Mata
Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka.
Kesimpulan
Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.
Wednesday, February 11, 2009
Sales Tips

It is not my customer's job to remember me. It is my obligation & responsibility to make sure they don't have the chance to forget me.
Saya sedang cuba untuk menggunapakai tips diatas. Oleh itu wahai pelanggan2 kami yang dihormati, sekiranya ada sebarang cadangan dan aduan mengenai perkhidmatan kami, sila ajukan terus ke 057173058. Insya ALLAH dengan bantuan semua, jenama ini akan terus membina namanya..
Tuesday, February 10, 2009
Cataract -From Pn Hamidah

Assalammualaikum,
Saya nak tanya sikit pasal cataract. Baru2 ini saya prg ke kedai spec utk buat spec baru sbb vision saya dah bertambah teruk walau baru buat spec baru tak sampai setahun. (saya dah pakai spec selama 35 tahun)
tapi malangnya org yg buat spec tu suruh saya jumpa pakar mata sbb katanya berkemungkinan saya ada cataract sbb saya nampak double vision walau telah di letakkan bermcm 'power' lens dan power nya juga agak tinggi mencecah 900. Masalah ni hanya disebelah mata kiri shj. Ini menyebabkan saya tak blh lihat dgn terang dan selesa.
Di sini saya nak tanya ada tak cara lain nak ubatkan cataract ni selain dr jumpa pakar dan apakah kesan jangka panjang sekiranya saya just ignore masalah nie.
Terima kasih.
wassalam.
Assalamualaikum,
Ingin sekali saya jawab soalan ini dengan kaedah termudah sekali. Adakala, setelah putus asa dari mendapatkan kuasa customer dan dia pulak tidak cukup kelengkapan untuk mengsahkan keadaan mata anda maka dengan mudahnya mereka akan me'rujuk' anda kepada klinik kerajaan atau klinik pakar dari mengkhabarkan premis mana yang mempunyai alatan yang lebih mencukupi untuk diagnos kewujudan katarak dalam mata.
Saya ingin berkongsi tentang satu simptom yang selalunya akan dialami oleh orang yang mengalami katarak iaitu tidak tahan silau dan penglihatan pada mata yang ada katarak adalah sangat tidak memuaskan. Kadangkala pula, rabun jauh anda yang menurun atau meningkat turut menjadi petanda adanya katarak.
Pada pendapat saya, ada baiknya Puan Hamidah mendapatkan pemeriksaan lanjut dari hospital pakar di Jabatan Oftalmologi untuk kesahihan status kesihatan penglihatan mata puan. Ini adalah untuk memastikan apakah jenis gangguan penglihatan yang sedang puan alami. Mungkinkah puan ada katarak, atau glaukoma atau diabetik retinopathy dan lain2 penyakit mata yang merunsingkan.
Jika benar mata puan ada katarak maka sekiranya puan terus ignore keadaan ini, ada kemungkinan keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan kebutaan. Jadi bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini, segeralah merujuk kepada yag pakar. Kerana dengan kehilangan penglihatan, maka hampir hilang separuh dari kehidupan.
Sunday, October 26, 2008
Nak Kurangkan Power Mata
Di bawah ini juga saya selitkan keluhan dan saranan tentang kaedah untuk menurunkan kuasa mata. Berdasarkan pembelajaran dahulu dan pengalaman selepas bekerja selama lebih 5 tahun ini, dapatlah saya membuat sedikit kesimpulan tentang penurunan kuasa ini.
Jika anda perasan, kenaikan kuasa kerap berlaku dalam tempoh anda sedang matang iaitu pada usia belasan tahun. Ketika itu, tubuh anda akan meninggi dan seiring dengan itu kuasa mata anda akan naik. Ini adalah kerana bola mata anda kini semakin memanjang.
Persoalan sama ada kuasa mata akan turun atau tidak bergantung kepada jenis kerabunan. Kebiasaannya mereka yang mempunyai rabun jauh dan astigmatisme maka terpaksalah anda menerima hakikat kuasa anda akan meningkat sedikit demi sedikit saban tahun. Sekiranya peningkatan mata anda adalah lebih dari -0.75 maka eloklah anda bertindak untuk menukar kuasa mata anda.
Jika sudah terlanjur mahu membuat satu kaca mata baru, yang terbaiknya adalah menggunakan kuasa terkini anda. Jangan sesekali menggunakan kuasa mata lama sedangkan setiap kali pemeriksaan anda akan mendapati kuasa mata anda meningkat. Kebiasaannya pada usia 20-40 tahun kuasa mata anda akan meningkat sangat sedikit berbanding usia anda belasan tahun.
Kuasa mata anda hanya akan benar2 turun (itu pun sedikit sahaja) ketika usia anda mendekati 40 an. Ketika ini anda akan mula merasai kabur penglihatan dekat pula. OKlah, di bawah adalah beberapa saranan yang diberikan oleh orang ramai yang saya rasa boleh digunapakai namun tahap keberkesanannya bergantung kepada pengamalan dan penerimaan masing2. Wallahu a'lam.
Jawapan 1
Salam....ni pandangan sayala.....dulu masa time2 belajar,ustaz saya selalu berpesan. kalau nak mata xrabun sebelum waktunya,,,, banyakkan gosok gg....lagi mudah setiap kali hendak bersolat 5 waktu.....i. Allah...mata "lambat" la rabun....sebab kat bhgian mulut ada urat mata.....cubalah
Jawapan 2
saya pakai contact lense selama 6 bulan tetiba hari isnin lepas saya check
mata, power turun 50.. terkezut sbb selama 17 thn pakai spec, power tak
pernah turun..satu lagi pasal lasik ni nak tau gak.. sapa yg tau tu citer la..
Ini mungkin disebabkan kanta sentuh tadi telah meratakan sedikit kornea anda dan sementara kornea itu masih rata maka kuasa mata anda akan menurun dan bila ia kembali ke bentuk asal, maka mungkin akan kembali ke keadaan asal.
Jawapan 3
Assalammualaikum,
CUBA AMALKAN PETUA INI SEWAKTU NAK MANDI WAKTU PAGI MENGGUNAKAN AIR PANCUR, TATKALA AIR YANG DARI UBUN2 JATUH KE KELOPAK MATA BIARKAN AIR TU MEMASUKI MATA DAN BERSELAWATLAH, INSYAALLAH MATA TAK MUDAH ROSAK.
Jawapan 4
Sebenarnya penyakit-penyakit mata termasuk rabun dekat atau rabun jauh biasa disebabkan oleh faktor keturunan atau lingkungan, atau biasanya kerana kombinasi kedua faktor tersebut.
Kesihatan keseluruhan mata anda adalah amat penting dalam membantu mengekalkan daya penglihatan yang sempurna. Beberapa faktor seperti merokok, diabetis, steroid, kecederaan, Pendedahan berlebihan kepada pencemaran, cahaya matahari boleh melemahkan dan menjejaskan daya penglihatan.
Disarankan agar pemakanan seimbang dan rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk mengekalkan daya penglihatan yang sempurna. Disampingkan bersama pengamalan keatas herba BILBERI ini. Ia dianggap sebagai herba penglihatan berasakan kepada kesannya yang menggagumkan terhadap fungsi mata. Diantara pengguna yang ramai mengamalkan adalah juruterbang terutamanya yang bertugas pada waktu malam kerana
mereka dapati daya penglihatan mereka semakin tajam.
Herba BILBERI ini boleh meningkatkan bekalan oksigen dan darah kemata, menguatkan kapilari yang membekalkan nutrien keotot serta saraf mata. Herba BILBERI juga
berupaya untuk mengelakkan banyak masaalah bagi orang muda, remaja selalu bertukar lensa kontak dan orang tua.
Pengambilan Herba BILBERI ini boleh diamalkan oleh semua peringkat umur orang dewasa, pelajar warga tua, pesakit diabetis termasuklah kanak-kanak diantara
umur 5 tahun keatas malah pada anda yang begitu prihatin pada mata walaupun tiada masaalah lindungilah mata sedari awal.
Dinasihati juga periksalah mata secara berkala. Lakukan pemeriksaan secara berkala setiap tahun. Indera penglihatan adalah sangat berharga. Dengan selalu menjaga dan merawat kesihatan mata bererti juga melestarikan indera penglihatan. Hal ini harus
dilakukan sejak lahir sampai akhir hayat.
Seringkali kita alpa memperhatikan aset berharga milik kita. Dan ketika sesuatu telah terjadi, baru kita menyesalinya. Inilah yang sering terjadi pada mata, sang jendela hati.
Berjanjilah mulai hari ini Anda akan menjaga dengan merawatnya, sehingga ketika terjadi tanda-tanda timbulnya penyakit Anda segera menangkisnya.
Tidak kenal maka tidak sayang. Mari kita mengenal mata dan cara kerjanya, apabila kita selalu membajainya pastinya mata anda akan serasi dengan anda. Mata merupakan media kita mengagumi ciptaan ALLAH ini.
Jawapan 5
Salam....
Saya pernah buat lasik November last year, dah hampir setahun saya bebas dari pakai spek ni, memang freedom kalau kita banyak aktiviti lasak dan yg penting anak2 tak
de lagi nak pakai spek mamanya yang power <>1500 tu...Lasik ni saya buat kat Hospital mata Tun Hussein Onn dan kosnya <> RM4000.00
Jawapan 6
pengalaman saya yang memakai spek dari umur 12 tahun, setiap tahun meningkat, sehinggalah ke umur 17 thn power spek saya mencecah 950 dan 975 kanan dan kiri. saya buat keputusan utk buat lasik di optimax, alhamdulillah, selepas 3 bulan, mata saya dapat melihat tanpa ada power spek lagi, even sampai sekarang, selepas 4 tahun buat lasik, bila buat check up, power spek kiri kanan saya hanya 25 saja...so memang tak perlu pakai spek. alhamdulillah.
Jawapan 7
Seronoknya dengar saudara yang telah pulih penglihatan dari pakai spek kepada tanpa spek.Saya pun pakai spek. Dari darjah 5 hingga sekarang.... ..20 tahun dah pakai spek.....tapi taklah setiap tahun tambah power spek....Cuma nak tanya, buat lasik tu musti mahal kan....boleh bagi tahu, berapa pulak bayarannya.. .kalau mampu, ingin jugak mencubanya.. .....
Jawapan 8
Cuba dapatkan pinhole glasses. rujuk laman web http://www.thebates method.com/
Boleh didapati di farmasi Watson atau Guardian
Jawapan 9
byk makan lobak Merah la.. dan sy ada ubat beli kat klinik... Nicol eye drop elok.. dulu sy pun pakai cermin mata
Jawapan 10
umur fauzie kite ni bape?? slalu tuka cermin mata kot...tiap kali nk buat spek u test ek?? petua saya bila nk buat spek baru habaq kat cina yg jual spek tu "saya mau bikin spek sama power macam ni" tak mau chek mata" sebab nye kalo cek lagi dah tentu kite nk lagi terang kan... so...jgn cek..ikut power sebelum ni punye...
then bile dah buat spek baru automatic akan clear sebab takde calar balar kat spek...ate baru..mesti la clearr...spek jadik tak terang salah satu sebab calar or multicult rosak, cuci spek slalu tenyeh ngan tisu kot...cube tgk balik spek lama mesti byk calar2 kan??
sampai skrg saye maintain power 600++... dulu sebab suka tukar2 cermin mata n cuci spek ngan baju...tiap kali test tiap kali naik power...lame2 saya naik takutt kang buta lak...lagi tebal lagi byk duit kuar...nk kene nipiskan...k adios...
p/s: ummi saya cakap nk terang mata kene mkn carrot..mkn mentah2...cam rabbit tu...eeeee saya tak suka...k bye...
Kekaburan turut disebabkan oleh calar pada kanta anda tetapi adalah tidak digalakkan anda menggunakan kuasa yang jauh lebih rendah (kecuali dalam lingkungan 0.75) kerana anda akan memaksa mata anda bekerja lebih dan seterusnya akan menimbulkan masalah lain nantinya.
Jawapan 11
sekarang ni ada ubat titis permata hijrah. saya pun teringin nak cuba cuma belum berkesempatan. Ayah saya dah cuba dan Alhamdulillah berkesan. Dua bulan lepas kena masuk kanta kat mata doktor consider as major , lepas guna permata hijrah, tukar jadi minor dan doktor kata banyak improvement.
p/s : memang betul kalau makan carrot mentah mata jadik terang. Kalau tak caya tengok arnab tu, mana ada dia pakai spek ?
Jawapan 12
kos lasik bergantung kepada mata kita. tapi range kos lasik di optimax antara 3-5k rasanya. kos saya RM4,300.00. masa tu saya buat 0% dengan kad kredit southern bank. byr ansuran selama 24 bulan. ok rasanya, sebab dah empat tahun, mata saya masih lagi ok.
jawapan 13
umur 19 lorh...tak leh kalu tak wat guna power baru sebab kalu kat dalam kuliah or time tutor,tak nampak sangat aper yang lecturer terangkan kat depan...
even duduk kat barisan depan...setiap taon,mesti naik 100...sekarang dua2 belah mata 1100 powernya...huhuhu,makan karot mentah?? hahaha,boleh tapi malas nak wat...
owang kata makan tomata,boleh gak tapi malas nak wat,nanti cuba carik tomata yang kicik2 cam anggur tue,haaa yang tue sedap makan cam makan anggur or mata kucing...
anyway tq!
Jawapan 14
Dulu masa x belum kerja mata x rabun langsung, dapat memandang seluas2nya.. . tapi sejak start keja guna komputer selama 12 tahun nie, mata terus jadi rabun (rabun jauh dan dekat sekali dah)... kalau membaca apa2 lebih dari 300mm terus kabur... minta petua kasi clear pandangan leh x....

