Tuesday, February 10, 2009

Cataract -From Pn Hamidah


Assalammualaikum,

Saya nak tanya sikit pasal cataract. Baru2 ini saya prg ke kedai spec utk buat spec baru sbb vision saya dah bertambah teruk walau baru buat spec baru tak sampai setahun. (saya dah pakai spec selama 35 tahun)

tapi malangnya org yg buat spec tu suruh saya jumpa pakar mata sbb katanya berkemungkinan saya ada cataract sbb saya nampak double vision walau telah di letakkan bermcm 'power' lens dan power nya juga agak tinggi mencecah 900. Masalah ni hanya disebelah mata kiri shj. Ini menyebabkan saya tak blh lihat dgn terang dan selesa.

Di sini saya nak tanya ada tak cara lain nak ubatkan cataract ni selain dr jumpa pakar dan apakah kesan jangka panjang sekiranya saya just ignore masalah nie.

Terima kasih.

wassalam.



Assalamualaikum,



Ingin sekali saya jawab soalan ini dengan kaedah termudah sekali. Adakala, setelah putus asa dari mendapatkan kuasa customer dan dia pulak tidak cukup kelengkapan untuk mengsahkan keadaan mata anda maka dengan mudahnya mereka akan me'rujuk' anda kepada klinik kerajaan atau klinik pakar dari mengkhabarkan premis mana yang mempunyai alatan yang lebih mencukupi untuk diagnos kewujudan katarak dalam mata.



Saya ingin berkongsi tentang satu simptom yang selalunya akan dialami oleh orang yang mengalami katarak iaitu tidak tahan silau dan penglihatan pada mata yang ada katarak adalah sangat tidak memuaskan. Kadangkala pula, rabun jauh anda yang menurun atau meningkat turut menjadi petanda adanya katarak.



Pada pendapat saya, ada baiknya Puan Hamidah mendapatkan pemeriksaan lanjut dari hospital pakar di Jabatan Oftalmologi untuk kesahihan status kesihatan penglihatan mata puan. Ini adalah untuk memastikan apakah jenis gangguan penglihatan yang sedang puan alami. Mungkinkah puan ada katarak, atau glaukoma atau diabetik retinopathy dan lain2 penyakit mata yang merunsingkan.



Jika benar mata puan ada katarak maka sekiranya puan terus ignore keadaan ini, ada kemungkinan keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan kebutaan. Jadi bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini, segeralah merujuk kepada yag pakar. Kerana dengan kehilangan penglihatan, maka hampir hilang separuh dari kehidupan.

2 comments:

Ariana said...

-betul kos lasik mata tue dlm 3-5k? untuk sebelah mata sahaja atau kedua2 belah mata sekali?

-saya menggunakan contact lense but lately, dalam 4-5 jam menggunakannya, mata kiri saya akan mula kemerahan. so saya stop penggunaannya untuk seketika tapi apabila saya menggunakannya semula, keadaan yang sama terjadi lagi.

-bagaimanakah ingin mencuci contact lense agar ianya betul-betul bersih?

Ariana said...

-betul kos lasik mata tue dlm 3-5k? untuk sebelah mata sahaja atau kedua2 belah mata sekali?

-saya menggunakan contact lense but lately, dalam 4-5 jam menggunakannya, mata kiri saya akan mula kemerahan. so saya stop penggunaannya untuk seketika tapi apabila saya menggunakannya semula, keadaan yang sama terjadi lagi.

-bagaimanakah ingin mencuci contact lense agar ianya betul-betul bersih?

Borang Tempahan

Nama:
Email:
No. Telefon :
Alamat :
Pilihan Produk Cloth Diaper
Handbook
Specs
Contact Lens
Handmade Thingy
Kod / Warna / Detel Produk
Preskipsi (Cermin mata & Kanta Sentuh)
Bukti Bayaran (Online atau Offline)
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Pija's Kids Shop / Uwaiys Optometrist

This form powered by Freedback