Friday, March 27, 2009

Cara Rujukan ke Klinik Mata/Oftalmologi Kerajaan

Jika anda mahukan surat rujukan daripada kami, kami boleh menyediakannya untuk anda. Surat rujukan kami mungkin boleh diterima oleh klinik-klinik swasta tetapi tidak di hospital kerajaan.

Jika anda mahu mendapatkan pemeriksaan dari oftalmologi dan optometris, maka sila ikut arahan di bawah :

1. Sila dapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital daerah di Jabatan Pesakit Luar
2. Dapatkan surat rujukan daripada doktor yang merawat anda. Sekiranya mata anda mengalami kesakitan, maka surat itu haruslah ditujukan kepada oftalmologis tetapi jika anda hanya ingin mendapatkan kuasa mata anda, maka surat itu haruslah ditujukan kepada optometris
3. Sebaiknya dapatkan nombor telefon hospital yang mempunyai Jabatan Mata Oftalmologi
4. Hubungi klinik berkenaan untuk bertanya hari apakah yang sesuai untuk anda kunjungi bagi membuat pemeriksaan
5. Jangan lupa untuk bertanya sama ada anda sesuai untuk membuat sepasang kaca mata baru atau tidak. Jika ya, maka kini anda boleh mengunjungi pusat optometri berdekatan anda. Jika tidak, dapatkanlah dulu rawatan yang sesuai untuk mata anda sebelum membuat sepasang kaca mata baru.

Juling dan Keyakinan Diri

Bismillah

Baru-baru ini, semasa kami mengendalikan satu program pemeriksaan mata percuma, ada seorang pemuda datang kepada kami dan bertanya tentang kejulingan.

Dia turut memberitahu kami bahawa kejulingan yang dialami olehnya benar-benar telah menjatuhkan keyakinan dirinya. Seperti biasa kami akan memberi sedikit tunjuk ajar supaya dia dapat membuat beberapa latihan untuk mengurangkan kejulingan yang dihadapinya.

Dalam pada masa itu, ingin sekali kami ingatkan kepada mereka yang mengalami kejulingan, juling yang berlaku tidak pernah kita pinta. Anda tidak perlu merasa rendah diri dengan sesuatu yang telah ditakdirkan kepada anda.

Kejulingan anda itu tidak hanya menjadi ujian buat diri anda tetapi juga ujian buat mereka yang di sekeliling anda. Sekiranya anda bersabar dengan cercaan orang, maka ada kebahagiaan atas kesabaran anda itu.

Tidak perlulah terlalu melayan rasa rendah diri anda kerana itu yang merencat banyak lagi kelebihan dan kebolehan anda. Semoga kehidupan anda berubah mulai dari hari ini.

→ Sedikit nota tentang kejulingan daripada kami :

JULING adalah satu keadaan dimana ke dua-dua mata tidak selari.

Jenis juling :
1. Juling Mencapah(Juling Keluar)
2. Juling Menumpu(Juling Ke dalam)

Antara sebab-sebab juling :
1. Masalah penglihatan yang tidak dirawat
2. Keturunan
3. Kecederaan pada otot mata
4. Gangguan pada saraf

Kesan juling :
1. Mata malas/amblyopia
2. Masalah psikososial seperti rasa rendah diri, kurang keyakinan, dll

Rawatan :
Samada satu atau kombinasi rawatan seperti di bawah
1. Memakai cermin mata
2. Pembedahan
3. Rawatan lain :
-Senaman mata
-Terapi menutup mata ( di mana mata yang lebih baik penglihatannya ditutup supaya mata yang malas dapat dirangsang fungsinya)

Memakai Kaca Mata Dengan Kuasa Berlebihan

Bismillah

Suatu hari, kami diajukan dengan soalan ini,
“Kenapa saya cek kuasa mata saya di tempat lain kuasa saya -4.00 sedangkan di sini saya hanya diberi kuasa -0.75 sahaja?”
Persoalannya pula,
“Kenapa perlu memakai power -4.00 sekiranya dengan -0.75 penglihatan anda telah menjadi sempurna?”

Terdapat segolongan kanak-kanak (atau mungkin orang dewasa juga) merasa tidak puas hati dengan cermin matanya setelah mengetahui kuasa mereka tidak seratus peratus seperti orang lain. Namun jika mereka tidak memakainya pula, mereka akan mengalami kekaburan.

Berikut saya nyatakan beberapa perkara jika anda menggunakan kuasa mata yang tidak tepat. Adalah diharapkan agar semua pelanggan dan pembaca mendapat sedikit panduan tentang pentingnya menggunakan kuasa yang tepat.
* sekiranya kuasa jauh yang terlalu tinggi, maka mungkin anda tidak akan selesa ketika membuat kerja dekat
* sekiranya kuasa dekat terlalu tinggi, maka anda perlu membawa bahan bacaan anda terlampau dekat dengan mata untuk mendapatkan penglihatan yang baik
* sekiranya kuasa jauh anda rendah, penglihatan jauh anda akan kabur
* sekiranya kuasa dekat terlalu rendah, maka anda terpaksa menjauhkan bahan bacaan dari kebiasaannya.

Tidak kisahlah berapa kuasa mata anda sekalipun asalkan anda dapat pengliahatan yang baik.

Sekian.

Sunday, March 8, 2009

Nystagmus - Mata Bergerak-gerak

Bismillah,

Beberapa hari yang lepas, seorang pelanggan telah masuk ke premis kami untuk membuat sepasang kaca mata baru dan ini adalah pengalaman pertama kakitangan kami melihat pelanggan dengan masalah nystagmus iaitu mata hitam yang sentiasa bergerak-gerak sehingga sukar untuk mendapatkan bacaan dari autorefraktometer (komputer).

Jadi, saya ingin sekali berkongsi dengan para pembaca blog ini apakah itu nystagmus. Nystagmus adalah keadaan di mata hitam bergerak-gerak tanpa dapat dikawal oleh tuan punya diri. Ia juga dikenali sebagai "dancing eyes" atau "jerking eyes". Para doktor & pengkaji masalah ini telah mengklasifikasikan gerakan ini seperti pendulum (bandul jam) yang mana ia bergerak perlahan ke satu arah dan laju ke arah bertentangan.

Di bawah akan dibincangkan beberapa jenis nystagmus. Semoga para pembaca dapat memahami penerangan ini :)

1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan

Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang).

Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut.

2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)
Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini.

Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.

Perubatan & nystagmus

Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus.

Naik turun penglihatan.

Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup.

The Null Position

Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit.

Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka.

Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.

Nystagmus & Kaca Mata

Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka.

Kesimpulan

Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.

Borang Tempahan

Nama:
Email:
No. Telefon :
Alamat :
Pilihan Produk Cloth Diaper
Handbook
Specs
Contact Lens
Handmade Thingy
Kod / Warna / Detel Produk
Preskipsi (Cermin mata & Kanta Sentuh)
Bukti Bayaran (Online atau Offline)
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Pija's Kids Shop / Uwaiys Optometrist

This form powered by Freedback