Sunday, October 26, 2008

Nak Kurangkan Power Mata

Bismillah,
Di bawah ini juga saya selitkan keluhan dan saranan tentang kaedah untuk menurunkan kuasa mata. Berdasarkan pembelajaran dahulu dan pengalaman selepas bekerja selama lebih 5 tahun ini, dapatlah saya membuat sedikit kesimpulan tentang penurunan kuasa ini.

Jika anda perasan, kenaikan kuasa kerap berlaku dalam tempoh anda sedang matang iaitu pada usia belasan tahun. Ketika itu, tubuh anda akan meninggi dan seiring dengan itu kuasa mata anda akan naik. Ini adalah kerana bola mata anda kini semakin memanjang.

Persoalan sama ada kuasa mata akan turun atau tidak bergantung kepada jenis kerabunan. Kebiasaannya mereka yang mempunyai rabun jauh dan astigmatisme maka terpaksalah anda menerima hakikat kuasa anda akan meningkat sedikit demi sedikit saban tahun. Sekiranya peningkatan mata anda adalah lebih dari -0.75 maka eloklah anda bertindak untuk menukar kuasa mata anda.

Jika sudah terlanjur mahu membuat satu kaca mata baru, yang terbaiknya adalah menggunakan kuasa terkini anda. Jangan sesekali menggunakan kuasa mata lama sedangkan setiap kali pemeriksaan anda akan mendapati kuasa mata anda meningkat. Kebiasaannya pada usia 20-40 tahun kuasa mata anda akan meningkat sangat sedikit berbanding usia anda belasan tahun.

Kuasa mata anda hanya akan benar2 turun (itu pun sedikit sahaja) ketika usia anda mendekati 40 an. Ketika ini anda akan mula merasai kabur penglihatan dekat pula. OKlah, di bawah adalah beberapa saranan yang diberikan oleh orang ramai yang saya rasa boleh digunapakai namun tahap keberkesanannya bergantung kepada pengamalan dan penerimaan masing2. Wallahu a'lam.


Jawapan 1
Salam....ni pandangan sayala.....dulu masa time2 belajar,ustaz saya selalu berpesan. kalau nak mata xrabun sebelum waktunya,,,, banyakkan gosok gg....lagi mudah setiap kali hendak bersolat 5 waktu.....i. Allah...mata "lambat" la rabun....sebab kat bhgian mulut ada urat mata.....cubalah

Jawapan 2
saya pakai contact lense selama 6 bulan tetiba hari isnin lepas saya check
mata, power turun 50.. terkezut sbb selama 17 thn pakai spec, power tak
pernah turun..satu lagi pasal lasik ni nak tau gak.. sapa yg tau tu citer la..

Ini mungkin disebabkan kanta sentuh tadi telah meratakan sedikit kornea anda dan sementara kornea itu masih rata maka kuasa mata anda akan menurun dan bila ia kembali ke bentuk asal, maka mungkin akan kembali ke keadaan asal.
Jawapan 3

Assalammualaikum,
CUBA AMALKAN PETUA INI SEWAKTU NAK MANDI WAKTU PAGI MENGGUNAKAN AIR PANCUR, TATKALA AIR YANG DARI UBUN2 JATUH KE KELOPAK MATA BIARKAN AIR TU MEMASUKI MATA DAN BERSELAWATLAH, INSYAALLAH MATA TAK MUDAH ROSAK.

Jawapan 4
Sebenarnya penyakit-penyakit mata termasuk rabun dekat atau rabun jauh biasa disebabkan oleh faktor keturunan atau lingkungan, atau biasanya kerana kombinasi kedua faktor tersebut.

Kesihatan keseluruhan mata anda adalah amat penting dalam membantu mengekalkan daya penglihatan yang sempurna. Beberapa faktor seperti merokok, diabetis, steroid, kecederaan, Pendedahan berlebihan kepada pencemaran, cahaya matahari boleh melemahkan dan menjejaskan daya penglihatan.

Disarankan agar pemakanan seimbang dan rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk mengekalkan daya penglihatan yang sempurna. Disampingkan bersama pengamalan keatas herba BILBERI ini. Ia dianggap sebagai herba penglihatan berasakan kepada kesannya yang menggagumkan terhadap fungsi mata. Diantara pengguna yang ramai mengamalkan adalah juruterbang terutamanya yang bertugas pada waktu malam kerana
mereka dapati daya penglihatan mereka semakin tajam.

Herba BILBERI ini boleh meningkatkan bekalan oksigen dan darah kemata, menguatkan kapilari yang membekalkan nutrien keotot serta saraf mata. Herba BILBERI juga
berupaya untuk mengelakkan banyak masaalah bagi orang muda, remaja selalu bertukar lensa kontak dan orang tua.

Pengambilan Herba BILBERI ini boleh diamalkan oleh semua peringkat umur orang dewasa, pelajar warga tua, pesakit diabetis termasuklah kanak-kanak diantara
umur 5 tahun keatas malah pada anda yang begitu prihatin pada mata walaupun tiada masaalah lindungilah mata sedari awal.

Dinasihati juga periksalah mata secara berkala. Lakukan pemeriksaan secara berkala setiap tahun. Indera penglihatan adalah sangat berharga. Dengan selalu menjaga dan merawat kesihatan mata bererti juga melestarikan indera penglihatan. Hal ini harus
dilakukan sejak lahir sampai akhir hayat.

Seringkali kita alpa memperhatikan aset berharga milik kita. Dan ketika sesuatu telah terjadi, baru kita menyesalinya. Inilah yang sering terjadi pada mata, sang jendela hati.

Berjanjilah mulai hari ini Anda akan menjaga dengan merawatnya, sehingga ketika terjadi tanda-tanda timbulnya penyakit Anda segera menangkisnya.

Tidak kenal maka tidak sayang. Mari kita mengenal mata dan cara kerjanya, apabila kita selalu membajainya pastinya mata anda akan serasi dengan anda. Mata merupakan media kita mengagumi ciptaan ALLAH ini.

Jawapan 5

Salam....
Saya pernah buat lasik November last year, dah hampir setahun saya bebas dari pakai spek ni, memang freedom kalau kita banyak aktiviti lasak dan yg penting anak2 tak
de lagi nak pakai spek mamanya yang power <>1500 tu...Lasik ni saya buat kat Hospital mata Tun Hussein Onn dan kosnya <> RM4000.00

Jawapan 6
pengalaman saya yang memakai spek dari umur 12 tahun, setiap tahun meningkat, sehinggalah ke umur 17 thn power spek saya mencecah 950 dan 975 kanan dan kiri. saya buat keputusan utk buat lasik di optimax, alhamdulillah, selepas 3 bulan, mata saya dapat melihat tanpa ada power spek lagi, even sampai sekarang, selepas 4 tahun buat lasik, bila buat check up, power spek kiri kanan saya hanya 25 saja...so memang tak perlu pakai spek. alhamdulillah.

Jawapan 7
Seronoknya dengar saudara yang telah pulih penglihatan dari pakai spek kepada tanpa spek.Saya pun pakai spek. Dari darjah 5 hingga sekarang.... ..20 tahun dah pakai spek.....tapi taklah setiap tahun tambah power spek....Cuma nak tanya, buat lasik tu musti mahal kan....boleh bagi tahu, berapa pulak bayarannya.. .kalau mampu, ingin jugak mencubanya.. .....

Jawapan 8
Cuba dapatkan pinhole glasses. rujuk laman web http://www.thebates method.com/
Boleh didapati di farmasi Watson atau Guardian

Jawapan 9
byk makan lobak Merah la.. dan sy ada ubat beli kat klinik... Nicol eye drop elok.. dulu sy pun pakai cermin mata

Jawapan 10
umur fauzie kite ni bape?? slalu tuka cermin mata kot...tiap kali nk buat spek u test ek?? petua saya bila nk buat spek baru habaq kat cina yg jual spek tu "saya mau bikin spek sama power macam ni" tak mau chek mata" sebab nye kalo cek lagi dah tentu kite nk lagi terang kan... so...jgn cek..ikut power sebelum ni punye...

then bile dah buat spek baru automatic akan clear sebab takde calar balar kat spek...ate baru..mesti la clearr...spek jadik tak terang salah satu sebab calar or multicult rosak, cuci spek slalu tenyeh ngan tisu kot...cube tgk balik spek lama mesti byk calar2 kan??

sampai skrg saye maintain power 600++... dulu sebab suka tukar2 cermin mata n cuci spek ngan baju...tiap kali test tiap kali naik power...lame2 saya naik takutt kang buta lak...lagi tebal lagi byk duit kuar...nk kene nipiskan...k adios...

p/s: ummi saya cakap nk terang mata kene mkn carrot..mkn mentah2...cam rabbit tu...eeeee saya tak suka...k bye...

Kekaburan turut disebabkan oleh calar pada kanta anda tetapi adalah tidak digalakkan anda menggunakan kuasa yang jauh lebih rendah (kecuali dalam lingkungan 0.75) kerana anda akan memaksa mata anda bekerja lebih dan seterusnya akan menimbulkan masalah lain nantinya.

Jawapan 11

sekarang ni ada ubat titis permata hijrah. saya pun teringin nak cuba cuma belum berkesempatan. Ayah saya dah cuba dan Alhamdulillah berkesan. Dua bulan lepas kena masuk kanta kat mata doktor consider as major , lepas guna permata hijrah, tukar jadi minor dan doktor kata banyak improvement.

p/s : memang betul kalau makan carrot mentah mata jadik terang. Kalau tak caya tengok arnab tu, mana ada dia pakai spek ?

Jawapan 12
kos lasik bergantung kepada mata kita. tapi range kos lasik di optimax antara 3-5k rasanya. kos saya RM4,300.00. masa tu saya buat 0% dengan kad kredit southern bank. byr ansuran selama 24 bulan. ok rasanya, sebab dah empat tahun, mata saya masih lagi ok.

jawapan 13
umur 19 lorh...tak leh kalu tak wat guna power baru sebab kalu kat dalam kuliah or time tutor,tak nampak sangat aper yang lecturer terangkan kat depan...
even duduk kat barisan depan...setiap taon,mesti naik 100...sekarang dua2 belah mata 1100 powernya...huhuhu,makan karot mentah?? hahaha,boleh tapi malas nak wat...
owang kata makan tomata,boleh gak tapi malas nak wat,nanti cuba carik tomata yang kicik2 cam anggur tue,haaa yang tue sedap makan cam makan anggur or mata kucing...
anyway tq!

Jawapan 14
Dulu masa x belum kerja mata x rabun langsung, dapat memandang seluas2nya.. . tapi sejak start keja guna komputer selama 12 tahun nie, mata terus jadi rabun (rabun jauh dan dekat sekali dah)... kalau membaca apa2 lebih dari 300mm terus kabur... minta petua kasi clear pandangan leh x....

Wednesday, October 22, 2008

Rabun Silau

Bismillah,
Soalan di bawah saya dapati dari satu mailing list (SIM). Saya tidak berkesempatan untuk memberi jawapan semasa dikemukakan soalan itu. Namun saya harapkan penerangan kali ini juga masih tidak terlewat untuk mereka yang mengalami masalah yang sama. Bagi membezakan jawapan saya dan jawapan mereka yang lain, jawapan saya akan di boldkan. Semoga ini membantu...


Assalamualaikum

Saya mengalami masalah rabun silau. apabila memandu lampu kenderaan dari arah bertentangan amat memedihkan mata dan buat saya hilang penglihatan buat seketika. Saya perlukan bantuan untuk mendapatkan maklumat atau khidmat nasihat untuk mengurangkan masalah saya.

Jawapan saya : Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang saya nyatakan di bawah. Rawatan mungkin berlainan mengikut punca yang menyebabkan silau.
1. Astigmatisme - ini yang selalu disebutkan sebagai rabun silau. Rabun silau selalunya akan menyebabkan rasa silau. Bagi mereka yang mempunyai astigmatisme yang tinggi, maka akan lebih silaulah lagi rasanya. Mereka yang mempunyai astigmatisme boleh dibetulkan dengan memakai kaca mata dengan preskripsi yang betul.
2. Selaput mata/katarak - Katarak adalah kekaburan dalam kanta kristalin (kanta yang terdapat di dalam mata). Jika ini terjadi, cahaya yang akan memasuki mata akan berpecah-pecah dan menyebabkan rasa silau. Mereka yang mempunyai katarak sebaiknya mendapatkan nasihat doktor supaya dapat membuang katarak.
3. Keletihan mata - Akibat dari rasa letih yang keterlaluan, anak mata yang biasanya mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Oleh sebab itu, apabila cahaya yang berlebihan masuk, anak mata tidak mengecil sebagaimana biasa dan menyebabkan cahaya yang banyak masuk ke dalam mata. Untuk mengatasi masalah ini, anda hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dari segi penglihatan. Apabila melakukan kerja dekat, anda hendaklah sekali sekala memandang jauh (lebih dari 6m). Jika ruang pejabat anda sempit, eloknya diletakkan cermin besar untuk menambahkan jarak penglihatan. Mata kita hanya akan berehat jika kita memandang jauh.


Jawapan 1
Salam dari sahabat sim Kedah....... ....
Saya rasa saudara faizal mengalami masalah yang serupa dgn isteri saya. Saya cadangkan faizal buat cermin mata tapi kena cakap ngan optometris tu yg faizal silau, dia akan buatkan cermin mata yang ada anti-glair, isk betul ker aku eja ni, cakap melayunya ada anti-silau, tapi harga agak mahal sedikit, isteri saya buat cermin mata tu dua tahun yg lepas dengan cost lebih kurang RM600/-sekarang tak tau la plak berapa. Harap dapat membantu saudara.

Untuk mereka yang mengalami masalah silau atau tidak, anda digalakkan untuk memakai cermin yang mempunyai lapisan antisilau atau multicoated. Harganya bergantung kepada jenis yang dipilih. Harga yang paling murah hanyalah RM 80 sepasang tetapi hendaklah difahami bahawa cermin yang berharga murah selalunya mempunyai kualiti yang rendah berbanding yang lain. Jika anda mahu lebih selesa gunakan kanta transition yang boleh bertukar gelap bergantung kepada banyaknya cahaya matahari.

Jawapan 2
Mahal tu. Kalau untuk rabun silau ni takde la sampai Rm600 melainkan frame dia branded punya. Kalau yang biasa2 je boleh dapat dalam RM100 ke RM200 je. Pegilah tanya kat kedai cermin mata tu. Lagi satu tips nak dapat yg murah pegi kedai yang bukan dalam shopping kompleks. Kedai yg kat pekan2 murah pasal sewa kedai murah. Saya buat spek kat Alamanda dalam RM650++. Sekali tgk kat Pekan Dengkil spek yang sama bila tanya harga siap lens dalam RM380 je..
http://azwandengkil .blogspot. com

Seperti yang dikatakan oleh Encik Azwan ni banyak betulnya. Untuk mereka yang memerlukan bantuan kaca mata tetapi tidak cukup budget, maka bertanyalah kepada tuan kedai tentang cermin dengan harga yang rendah. Yang pentingnya adalah mata anda mendapat melihat dengan jelas. Bagaikan kereta, jika mampu gunakan Kancil tapi kalau nak sedap naiklah Wira :)

Jawapan 3
Shikin, saya pakai dah Torix66 tu tp leceh skit..bukan ape,kalau perasan dia ada buat allocation utk power must put same place tu anak mata if terkalih so pandangan u akan jadi blur..even kalau yg power tinggi,torix tu terganjak... u langsung xboleh membaca. leceh skit nak pakai but mlm kalau memandu better skitlah. for me, lebih prefer pakai lence yg biasa but maybe ada member lain yg ada pengalaman menggunakan torix nih.

Penggunaan kanta sentuh toric juga adalah digalakkan bagi mereka yang tidak menggemarkan kanta sentuh berbanding kaca mata. Pastikan anda mempunyai kandungan air mata yang cukup dengan menjalani ujian terlebih dahulu. Selepas mengelipkan mata memang kanta sentuh toric anda akan sedikit berganjak dan pada peringkat awal ia akan menjadi satu gangguan. Selepas mengalami proses adaptasi insya ALLAH segalanya OK. Walaubagaimanapun mereka yang mempunyai astig di bawah -1.00 masih boleh memilih untuk menggunakan kanta sentuh biasa yang lebih rendah harganya tetapi pernglihatan anda akan sedikit terganggu.

Jawapan 4
Emm saya pon ader rabun silau yg tinggi gak.. memang tension bila drive malam2 nie.. tapi saya ader pakai produk air yg titis kat mata tu ..jemana permata hijrah.. memang berkesan la.. Alhamdulillah. . boleh dapat kat pasar tani.. ader jual..nak tengok iklan dia dalam suratkhabar harakah..kurang dah rabun silau saya.. tapi kena rajin pakai la…kita usaha,,Allah yg tentukan… pastu kalau nak pakai contact lens cari la jenama boash & lomp (lupa la eja dia..hehhe) torix 66 … tu utk org yg rabun punya contact lens la.. yg jenama lain saya tak tau la pulak kan… emm pendapat dan panduan utk sesiapa yg hadapi masalah rabun macam saya ni… tqq

Pertamanya izinkan saya betulkan ejaan Bausch & Lomb. Penggunaan kanta sentuh tidak semua orang boleh memakainya dengan mudah. Anda perlu melalui beberapa ujian sebelum mengetahui mata anda sesuai untuk pemakaian kanta sentuh atau tidak. Kadang kala, memakai kanta sentuh Bausch & Lomb tidak serasi tetapi jika anda guna Johnson & Johnson itu lebih sesuai.

Berkenaan dengan pelbagai rejimen yang ada di pasaran, masih belum ada kajian yang terperinci untuk membuktikannya. Kita boleh berusaha namun saya harap jangan sampai kita tersalah pilih produk sepertimana seorang Cina yang pernah saya jumpa di sebuah hospital dahulu. Katanya, seorang Sami Budha telah mengarahkannya untuk menitiskan air limau ke dalam mata untuk menghilangkan selaput, malangnya ini telah menyebabkan bahagian kornea matanya menjadi legap dan tidak boleh melihat lagi. Saya sendiri pernah menggunakan madu dan memang sangat lega rasanya tetapi tetap tidak menunjukkan penurunan dalam kuasa mata.


Jawapan 5
saye pemakai cermin mata...elok sgt la ade tajuk ni...saye ade masalah silau mata belah kanan...agak teruk...camne nk buat ye?? umo 24...faktor umo ke?? mlm langsung tak leh drive...tapi gagah gak drive...bile buka cermin mata cam ade gangguan or bayangan hitam kat mata belah kanan....selaput ke??tu kena operate kan??plss help me...kalo nk g pakar charge die camne lak??

Bagi soalan ini, lebih baik anda dapatkan pemeriksaan mata dari optometris yang bertauliah di mana2 kedai cermin mata. Berkenaan bayaran yang dikenakan, kebanyakan optometris Melayu tidak menetapkan harga untuk pemeriksaan. Saya pernah masuk ke sebuah kedai milik Cina yang mengenakan cas RM 20 untuk melakukan pemeriksaan mata sahaja. Ada juga sebuah kedai optometris Muslim yang turut mengambil cas yang serupa.Namun anda ada hak untuk bertanya tentang bayaran yang akan dikenakan sebelum melakukan pemeriksaan.

Jawapan 6
Berapakah umur saudara sekarang? Kalau dah melebihi 40 tahun, saudara mungkin dah ada masaalah "cataract". Cuba pergi periksa kat pakar mata yang terdekat ( bukan pakar cermin mata ). Saya pun ada masaalah ini, tunggu masa nak bedah mata ganti kanta baru.

Tidak hanya mereka yang berumur lebih 40 tahun sahaja yang mengalami masalah katarak. Ada kemungkinan mereka yang lebih muda akan menderita perkara yang sama.

Sunday, October 12, 2008

Jangkitan Mata dari Kayap

Kayap atau nama manisnya adalah Herpes Simplex adalah satu penyakit yang berlaku akibat dari jangkitan virus kepada kulit. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan jangkitan ini boleh terkena kepada mata. Setelah seorang pelanggan yang manis datang untuk membuat pemeriksaan, maka itu adalah masa terbaik buat saya untuk melihat kesan kayap kepada mata.

Simptom bagi jangkitan mata pada pesakit kayap adalah :

- mata merah
- sakit-sakit sekitar dan dalam mata
- silau
- mata berair
- masalah penglihatan

Malahan, kadangkala kita tidak rasa apa-apa yang aneh dengan jangkitan ini di mata. Apa yang pentingnya adalah rawat penyakit ini dengan segera supaya kesan jangkitan itu tidak menjadi parut kekal di dalam mata. Jangan cuba memakai kanta sentuh apabila anda dijangkiti kayap. Sekiranya anda pergi mendapatkan rawatan awal, insya ALLAH penglihatan anda selepas sembuh akan menjadi seperti asal. Jika anda terlambat dibimbangi penglihatan anda akan terganggu selepas itu.

Sindrom Marfan - Kesan Pada Mata

Pertama kali premis ini dikunjungi oleh seorang adik yang kelihatan pendiam namun saya kira dia sangat bijak kerana bersekolah di sekolah berasrama penuh. (Satu bukti bahawa mereka yang mengidap apa-apa sindrom boleh berjaya)

Kehadiran adik ini telah menyebabkan saya tergerak hati untuk membelek semula nota-nota lama yang menunjukkan perkaitan antara Sindrom Marfan dan penglihatan. Lazimnya, mereka yang mempunyai sindrom ini akan tahu kerana diberitahu oleh doktor mereka sejak lahir lagi.

Tidak seperti Sindrom Down, sindrom ini agak tidak 'glamer' jadi jarang sekali yang ambil endah tentangnya. Dianggarkan hanya seorang dari 3000-5000 menghidapi sindrom ini. Mereka yang menghidapinya biasanya mewarisi genetik ini dari keturunan yang terdahulu. Marfan syndrome is an inherited disorder of the connective tissue that causes abnormalities of the patient's eyes, cardiovascular system, and musculoskeletal system.

Bagi membicarakan tentang masalah mata mereka, mari kita baca dahulu nota yang di bawah ini.

Disorders of the eyes and face

Although the visual problems that are related to Marfan syndrome are rarely life-threatening, they are important in that they may be the patient's first indication of the disorder. Eye disorders related to the syndrome include the following:

* Myopia (nearsightedness). Most patients with Marfan develop nearsightedness, usually in childhood.

* Ectopia lentis. Ectopia lentis is the medical term for dislocation of the lens of the eye. Between 65 and 75% of Marfan patients have dislocated lenses. This condition is an important indication for diagnosis of the syndrome because there are relatively few other disorders that produce it.

* Glaucoma. This condition is much more prevalent in patients with Marfan syndrome than in the general population.

* Cataracts. Patients with Marfan are more likely to develop cataracts, and to develop them much earlier in life, sometimes as early as 40 years of age.

* Retinal detachment. Patients with Marfan are more vulnerable to this disorder because of the weakness of their connective tissues. Untreated retinal detachment can cause blindness. The danger of retinal detachment is an important reason for patients to avoid contact sports or other activities that could cause a blow on the head or being knocked to the ground.

* Other facial problems. Patients with Marfan sometimes develop dental problems related to crowding of the teeth caused by a high-arched palate and a narrow jaw.

Dalam erti kata lain atau dalam bahasa yang lebih mudah adalah, penghidap Sindrom Marfan ini mempunyai masalah seperti berikut :
1. Rabun jauh
2. Kanta di dalam mata yang teralih - biasanya menyebabkan astigmatisma (silau)
3. Glaucoma - tekanan dalam bola mata yang tinggi
4. Katarak - mereka terkena katarak lebih muda dari orang biasa
5. Penanggalan Retina - di dalam mata ada satu lapisan yang dipanggil retina. Lapisan ini mungkin boleh tertanggal dari bole mata. Ia ibarat tisu dari dinding mata yang tertanggal.

Tuesday, July 8, 2008

Pertanyaan Produk Penjagaan Mata

Puan Hazlein telah mengajukan soalan di bawah dan jawapan dari saya menyusul seterusnya...

Kepada sesiapa yang ada petua , pengalaman atau produk penjagaan untuk mata boleh tolong email saya. Anak saya baru berumur 7 tahun, telah dikesan mempunyai masalah penglihatan diperingkat awal........ ......... ..

terima kasih


Assalamualaikum,

Saya optometrist..tapi saya percaya setiap orang akan mempunyai produk tertentu dalam penjagaan mata. Satu yang pernah saya lihat adalah qurrataaini dan satu lagi produk eraedar (nomospex) namun saya minta maaf testimoniyang betul berjaya saya tidak pernah jumpa sendiri.



Saya juga mempunyai kedai spek saya sendiri dan berpengalaman dalam bidang ini dari tahun 2003. Nasihat saya, sekalipun puan mengusahakan prubatan lain, namun jangan sesekali abaikan penggunaan cermin mata kerana kelewatan memberikan anak puan preskripsi akan mendatangkan kekesalan yang lebih lagi.



justeru itu, saya mencadangkan puan membuat cermin mata (walaupun murah) untuk anak puan sementara puan mengusahakan perubatan lain untuknya. Jika tidak adalah dibimbangi matanya akan menjadi lazy eye. Seterusnya, dapatkan pemeriksaan mata selepas enam bulan. Sekiranya ada perubahan, tukarlah kuasanya jika tidak, anak puan mungkin boleh bertahan dengan kuasa yang sama enam bulan seterusnya.



Saya sedia menjawab sebarang persoalan berkenaan penggunaan cermin mata dan penglihatan insya ALLAH.

Monday, July 7, 2008

Perlukah Menemani Anak Dalam Bilik Pemeriksaan

Bismillah,

Di bawah saya turunkan beberapa situasi untuk difikirkan :

Kes 1

Dalam kes ini, yang terlibat adalah optometris, anak dan bapanya. Setelah berada di dalam pemeriksaan mata, anak yang masih belum memakai kaca mata sebelum ini diberi bingkai cubaan yang kosong (tiada kuasa) dan ditutup mata kirinya. Setelah anak itu selesa dengan bingkai itu, optometris meminta anak membaca apa yang tertera di Snellen Chart.

Bapa : Eh sekejap, kenapa tak suruh anak saya baca tanpa spek dahulu?
Optometris : Oh, spek ni masih belum diletakkan apa-apa kuasa. Saya pakaikan bingkai ni sebab nak ambil VA dia sebelah mata kanan sahaja dahulu.

Selepas beberapa ketika anaknya sudah mula tidak nampak huruf yang tertera. Optometris mula meletakkan kuasa bagi membolehkan anaknya membaca baris itu dengan baik.

Bapa : Eh, berapa power letak tu. Jangan terus letak banyak. Letak sikit-sikit je dulu.
Optometris : Ok, misal kata saya terlebih pun, kita akan kesan kemudian nanti.

Seterusnya, optometrist mengarahkan anak untuk membaca. Dia masih tergagap-gagap untuk mengenal beberapa huruf.

Bapa : Along, takkan huruf macam tu punya besar tak nampak lagi? Cuba baca apa yang ayah tunjuk ni.
Anak : Dah macam nak nangis.

Well, situasi yang sebegini sebenarnya sangat meletihkan untuk ditangani. Sebenarnya, adalah baik untuk ibubapa turut serta dalam bilik pemeriksaan. Namun, adalah lebih baik jika anda tidak turut campur ketika optometris memeriksa mata anak anda. Keadaan ini akan membolehkan optometris lebih mudah memeriksa mata anak anda dengan betul dan anak anda juga turut tidak takut-takut untuk menjawab soalan dari optometris.

Semoga dengan kerjasama yang baik dari ibubapa, anak-anak akan mendapat penglihatan yang lebih sempurna insya ALLAH.

Sunday, May 18, 2008

Sunglass Edwin



Sunglass ni saya nak perabiskan stok....so, siapa cepat dia dapat...ada 4 pasang je pun...

Tuesday, May 13, 2008

How to order

How to order
Apa yang perlu anda lakukan untuk menempah kaca mata dari Uwaiys Optometrist adalah dengan mengikuti 3 langkah berikut:

1. Dapatkan preskripsi mata anda dari optometrist yang berdekatan
Buat temujanji dan dapatkan pemeriksaan mata anda dan dapatkan satu salinan preskripsi (kuasa mata anda). Lazimnya, optometrist akan memberikan kuasa mata anda secara bertulis sekiranya dipinta. Jika tidak, anda boleh juga menggunakan preskripsi terdahulu yang telah didapati kurang dari 2 tahun. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata untuk kuasa mata terkini.

Bagaimana untuk membaca preskripsi kaca mata

Setiap preskripsi terdiri daripada beberapa bahagian nombor. SPH akan mendahului dan ditandai dengan tandaan (+) atau (-). Pada sesetengah preskripsi pula ada komponen CYL. Cyl akan ditandakan dengan tandaan (-) dan disusuli dengan axis (angka 1 hingga 180) selepas tanda (x). Kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk membaca (lazimnya mereka yang berusia 40 tahun ke atas), maka akan ada bahagian ‘ADD’ pada akhir preskripsi yang lazimnya bermula dengan +0.75 sehingga +3.00. Selain axis, semua kuasa adalah dalam gandaan ‘25’, ‘50’ dan seterusnya.

Example:
Contoh :
R : -1.00/-0.25X180
L : -2.50
ADD : +1.50

2. Pilih bingkai dan jenis kanta yang ada dalam senarai pilihan di sini
Pilih kod bingkai yang anda inginkan dari jenis Bingkai Penuh, Bingkai Separuh dan Rimless. Selepas memilih bingkai, pilihlah pelbagai pilihan kanta sama ada untuk penglihatan jauh sahaja atau dekat sahaja untuk membetulkan rabun jauh atau rabun dekat. Ataupun, anda boleh memilih kanta bifocal atau multifocal yang mempunyai dua bahagian – bahagian atas untuk penglihatan jauh dan bahagian bawah untuk penglihatan dekat.

Extra Lens Options
High Index Lenses - makes lenses look thinner and feel lighter, especially for higher prescriptions
Multicoat - helps stop reflections from lighting and computer screens
UV Protection - provides protection from harmful UV light
Full Tint - permanently tinted lenses (please specify shade – green,yellow, blue, pink, grey or brown)
Transitions - clear lenses inside which change to tinted lenses in direct UV light
Polarised - useful for reducing glare from water or snow (only possible with full tint)

3. Terima kaca mata anda melalui Nationwide Express dalam 7 hari bekerja*
Setelah memilih kanta dan bingkai, anda boleh membuat bayaran melalui Maybank2u. Setelah bayaran penuh diterima dan preskripsi mata anda telah diberikan, barulah pesanan anda akan diproses. Kaca mata yang telah siap akan dihantar menggunakan Nationwide Express dan servis ini menjamin keselamatan kaca mata anda semasa dalam proses pos.

*bergantung kepada jenis dan kuasa kanta serta alamat penerima

About us

Uwaiys Optometrist adalah dimiliki oleh warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Objektif utama Uwaiys Optometrist adalah untuk memberi tawaran harga menarik bagi kaca mata yang berkualiti. Dengan pilihan bingkai yang terkini dan kanta yang mempunyai lapisan tahan calar (hard coat) PERCUMA, bekas kaca mata kedap PERCUMA dan kain mikrofiber juga secara PERCUMA!!

Guarantee and Warranty
Uwaiys Optometrist menjamin 100% kepuasan atau wang anda akan dikembalikan – kecuali duit pos jika kaca mata dipulangkan dalam 14 hari dari tarikh penerimaan. Jaminan ini tidak meliputi calar dan kerosakan yang berlaku disebabkan kemalangan atau salah guna.

Contact Details
Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi Optometrist kami di alamat berikut:

Uwaiys Optometrist,
19 Jalan Merbuk 1,
Pekan Baru,
34200 Parit Buntar,
Perak.

05-7173058

Main

Welcome to the easiest way to buy glasses on the web

Pilih bingkai dari stok BERKUALITI kami dan dapatkan kaca mata terus ke PINTU RUMAH ANDA!

3 kaedah mudah untuk mendapatkan kaca mata secara online dari kami:

1. Dapatkan preskripsi mata anda dari optometrist bertauliah di kawasan anda

2. Pilih jenis bingkai dan kanta dari stok kami

Bergantung kepada alamat penghantaran dan jenis kanta yang dipilih, anda biasanya akan mendapat tempahan kaca mata anda dalam tujuh hari bekerja.

SEMUA KACA MATA TERMASUKLAH : Bingkai yang berkualiti, kanta mengikut kuasa preskripsi anda, PERCUMA cermin tahan calar, PERCUMA bingkai kedap yang keras, PERCUMA kain mikrofiber.

JAMINAN KEPUASAN 100% ATAU ANDA AKAN MENDAPAT WANG ANDA SEMULA* (kanta mestilah dipulangkan semula kepada kami dalam tempoh 14 hari untuk mendapatkan wang mengikut harga kanta anda semula)
- Kami hanya menawarkan jaminan atas kualiti kanta dan preskripsi adalah tertakluk kepada pemeriksa mata anda.

Uwaiys Optometrist juga boleh menyediakan kanta yang sama jenis dan jenama yang disyorkan oleh optometrist anda. Kami menjual kanta single vision untuk penglihatan dekat atau jauh sahaja dan juga multifokal. Walaubagaimanapun, kami tidak menggalakkan tempahan kanta multifokal dan kanta single vision yang mempunyai kuasa cyl (astig atau silau melebihi -2.00). Ini adalah kerana kanta tersebut perlu penandaan PD yang tepat pada anak mata.

Langkah pertama yang perlu diambil ialah memilih bingkai dari pilihan bingkai yang ada atau klik di ‘How to Order’ untuk melihat langkah demi langkah bagi memesan kaca mata dari Uwaiys Optometrist.

Borang Tempahan

Nama:
Email:
No. Telefon :
Alamat :
Pilihan Produk Cloth Diaper
Handbook
Specs
Contact Lens
Handmade Thingy
Kod / Warna / Detel Produk
Preskipsi (Cermin mata & Kanta Sentuh)
Bukti Bayaran (Online atau Offline)
T&C I agree with the Term & Conditions apply to Pija's Kids Shop / Uwaiys Optometrist

This form powered by Freedback